Pelakon jelita yang juga merupakan usahawan berjaya, Wawa Zainal baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 32 tahun pada 12 Mac bersamaan 1 Ramadan, semalam.
Pulut kuning untuk orang awam
View this post on Instagram
Bersempena ulang tahun kelahirannya itu, pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin ini telah memasak pulut kuning bersama rendang daging sebelum diedarkan kepada kira-kira 20 orang awam.
Menerusi Instagram (IG), Wawa memuat naik video dirinya menyediakan juadah tersebut sebelum membungkus dan mengedarkannya kepada orang ramai seperti pemandu e-hailing, pelajar dan beberapa orang pekerja.
Bukan itu sahaja, Wawa juga memberikan setiap seorang daripada mereka sampul yang berisi duit raya.
Sempena hari lahir dan ‘first day’ puasa, Wawa masak dan kongsi dengan 20 orang hari ini.
Alhamdulillah, selamat berbuka dan selamat menjamu selera, kalau tak sedap diam-diam tau.
Hantaran tersebut turut mendapat perhatian wargamaya media sosial. Menjengah ke ruangan komen, Wawa dihujani dengan titipan ucapan selamat hari lahir daripada rakan artis dan para peminatnya.
Mereka turut mendoakan agar Wawa dan keluarga sentiasa dirahmati Allah SWT.