Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal memaklumkan anak perempuannya, Ayya Soffya, 4, sepatutnya menjalani pembedahan membuang tonsil.
Artikel berkaitan: Aeril Zafrel & Wawa Zainal Enggan Hantar Anak- Anak Masuk Sekolah Asrama, Pesan Ibu Bapa Perlu Pantau Gejala Buli
Artikel berkaitan: Wawa Zainal Syukur Tak Bersalin Ketika Jalani Penggambaran Filem Abnormal Buas – ‘Kalau Terberanak Pun Saya Okay Je’
Tak sampai hati
Menerusi hantaran di Instagram Story, Wawa memuat naik tajuk berita tentang anak pelawak Achey iaitu Nur Tiara Zinniriah yang perlu menjalani pembedahan tersebut.
Wawa bagaimanapun membatalkan keputusan itu kerana bimbang Soffya akan mengalami kesakitan yang teruk.
Haritu sepatutnya anak saya pun kena buat pembedahan buang tonsil. Tapi tengok video dekat TikTok rata-rata cakap sakit nak mam (mati) selama dua minggu, terus batal sebab risau.
Menurutnya, dia tidak sampai hati untuk melihat anaknya dalam kesakitan dan berhasrat untuk melakukannya selepas Soffya mencapai umur tertentu.
Tunggulah Soffya besar sikit dah boleh tahan sakit. Tapi doktor cakap kalau kecil cepat sembuh. Mmm tapi tulah tak sampai hati. Korang ada pengalaman?
Untuk rekod, Wawa mendirikan rumah tangga dengan aktor Aeril Zafrel dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 11, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 9, Ayya Soffya, 4 dan Muhammad Fahri, 2.