Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentWebull Malaysia Lancar Saluran Perbankan Islam Bagi Pilihan Pembiayaan Patuh Syariah Untuk...

    Webull Malaysia Lancar Saluran Perbankan Islam Bagi Pilihan Pembiayaan Patuh Syariah Untuk Berdagang Dalam Pasaran

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Webull Securities (Malaysia) Sdn. Bhd. (Webull Malaysia), subsidiari Webull Corporation, pemilik platform pelaburan digital popular yang mencapai lebih 40 juta muat turun, telah mengumumkan pelancaran saluran perbankan Islam.

    Ciri-ciri syariah

    Ciri baharu ini menawarkan fleksibiliti kepada pelabur tempatan untuk memilih mendepositkan dana ke dalam akaun dagangan Webull mereka melalui bank Islam atau bank konvensional.

    Gerbang dwi perbankan ini menyediakan sistem pertukaran mata wang dan deposit yang lancar dan fleksibel kepada kedua-dua pelabur Islam dan bukan Islam.

    Menerusi ciri baharu ini, bersama-sama dengan yuran deposit sifar, tanpa faedah dan kemudahan perbankan berasaskan perkongsian keuntungan, ia dijangka dapat meningkatkan pengalaman perdagangan secara keseluruhan.

    Saluran perbankan Islam baharu Webull Malaysia bertujuan untuk memenuhi pelbagai keperluan pelabur tempatan, terutamanya pelabur yang ingin melabur dalam ekuiti patuh syariah dan dana dagangan bursa (ETF) merentas pasaran saham Malaysia dan Amerika Syarikat.

    Tambahan lagi, penunjuk syariah sedia ada untuk saham dan ETF A.S. pula dapat meningkatkan pengalaman pelabur secara keseluruhan dengan menjadikannya lebih mudah dan lebih cekap untuk diakses.

    Pengguna Malaysia

    Ketua Pegawai Eksekutif Webull Malaysia, Kenneth Chan berkata, pihaknya amat berbangga menjadi platform pembrokeran runcit dalam talian pertama di negara ini yang menawarkan fleksibiliti kepada pelabur tempatan untuk mendepositkan dana ke dalam akaun dagangan mereka melalui bank Islam.

    Kami juga komited untuk meningkatkan pengalaman pelabur tempatan dengan menawarkan versi aplikasi dagangan Webull MY yang disetempatkan sepenuhnya.

    Ciri ini membolehkan pengguna menterjemahkan semua kandungan dengan lancar daripada paparan portfolio hingga berita tempatan dan antarabangsa terkini, serta bahan pendidikan yang disediakan dalam Bahasa Melayu untuk memastikan pengalaman yang boleh diakses dan disesuaikan kepada pengguna di Malaysia.

    Sorotan produk utama

    Pelabur di Malaysia akan memperoleh:

    ALSO READ:  [VIDEO] Personaliti TV Wanita Tak Tahu Siang Ikan, Netizen Kecam- “Terseksa Ikan tu”

    1. Memaksimumkan pelaburan mereka dengan kos dagangan yang telus, rendah dan kompetitif dalam saham Malaysia dan A.S.

    • Pelabur tempatan boleh berdagang dalam pasaran Malaysia dan Amerika Syarikat dengan yuran komisen sifar selama 180 hari pertama. Hal ini dapat mengurangkan halangan untuk memasuki kedua-dua pasaran Bursa Malaysia dan Amerika Syarikat. Selain itu, yuran platform sifar Webull Malaysia juga menjadikannya pilihan kos efektif untuk pelabur yang ingin berdagang saham dalam pasaran Malaysia dan Amerika Syarikat.
    • Webull Malaysia menawarkan kadar pertukaran asing yang kompetitif bagi membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada turun naik kadar FX dan meminimumkan kos penukaran mata wang apabila berdagang dalam pasaran denominasi USD.

    2. Ciri-ciri untuk menyokong keperluan dan matlamat kewangan pelabur tempatan.

    • Dengan saluran perbankan Islam baharu ini, pelabur tempatan boleh memilih untuk mendepositkan dana ke dalam akaun dagangan mereka melalui bank Islam di Malaysia.
    • Pelabur tempatan yang mendepositkan dana ke dalam akaun dagangan mereka melalui bank Islam akan menjadi sebahagian daripada kemudahan perbankan berasaskan perkongsian keuntungan.
    • Penunjuk syariah disediakan untuk menyaring saham dan ETF AS untuk memudahkan akses kepada aset patuh syariah.
    • Untuk memastikan platform Webull boleh diakses oleh penutur ibunda di Malaysia, Webull Malaysia telah menyepadukan sepenuhnya Bahasa Melayu ke dalam platformnya demi mewujudkan persekitaran perdagangan yang lebih selesa dan mesra pengguna untuk semua pelabur.

    Sebagai tambahan kepada saluran perbankan Islam baharu, Webull Malaysia kini menawarkan kepada pelabur satu set alat dagangan profesional yang merangkumi lebih daripada 17 alat pembuat carta dan lebih daripada 58 penunjuk teknikal.

    Platform ini juga menyediakan penarafan penganalisis yang profesional dan tepat pada masanya mengenai pelbagai ekuiti bagi membantu pelabur memperhalus strategi dan analisis pelaburan mereka.

    ALSO READ:  [VIDEO] Bekas Suami Nafi Sihir & Pukul Tyrah, Tak Pernah Paksa Berkahwin – ‘Dia Ikut Saya Sebelum Ni Sebab Cinta’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts