Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Welcome To Bali”- Bayar Levi Sekitar RM45 Dulu, Baru Boleh Masuk…

    ‘Welcome To Bali”- Bayar Levi Sekitar RM45 Dulu, Baru Boleh Masuk…

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Anda perlu bersedia untuk membayar bayaran tambahan untuk masuk ke Bali selepas ini!

    Untuk makluman, Kerajaan Provinsi Bali akan mula mengenakan bayaran kepada pelancong asing pada 14 Februari 2024. Setiap pelancong yang tiba di Pulau Bali akan dikenakan bayaran IDR 150 ribu atau sekitar 10 dolar AS.

    Mereka dijangka akan membuat pembayaran secara online sebelum tiba di Bali dengan merujuk kepada arahan aplikasi Love Bali. Jika tidak, proses pembayaran untuk pelancong asing boleh dibuat apabila tiba di lapangan terbang.

    Berbeza sedikit dengan ketibaan udara, pelancong asing yang tiba dari laluan laut di Pelabuhan Benoa tidak perlu mengakses aplikasi secara atas talian.

    Terdapat Aplikasi Khas

    Ketua Perkhidmatan Pelancongan Bali (Dispar) Tjok Bagus Pemayun berkata, ketika ini pihaknya sedang dalam peringkat percubaan aplikasi pembayaran yuran dari pelancong asing dipanggil Love Bali dengan sasaran siap pada penghujung Januari.

    “Kami saat ini memang masih terus melakukan uji cuba aplikasi, memang sekarang aplikasinya masih berisi informasi saja. Nanti akhir Januari selesai. Uji cuba ini akan diteruskan sehingga hari Rabu, semoga kita dapat melihat kelemahannya” katanya.

    Tjok berkata, aplikasi yang boleh diakses melalui telefon pintar itu telah diusahakan oleh Diskominfo Bali. Namun sehingga kini ia tidak boleh dikatakan baik sepenuhnya sehingga terus diuji dalam keadaan tertentu.

    Setakat ini Jabatan Pelancongan Bali tidak melihat sebarang masalah dalam proses pembayaran yuran oleh pelancong asing secara online melalui Love Bali, keadaan ralat atau sistem yang rosak tidak dilihat semasa ujian.

    Yuran Untuk Menjaga Budaya

    Bayaran yuran ini adalah sebagai bentuk sokongan yang bertujuan untuk melindungi adat, tradisi, seni dan budaya tempatan masyarakat Bali. Usaha dan inovasi akan terus dilakukan untuk mengekalkan budaya dan persekitaran semula jadi di Bali. Kualiti perkhidmatan juga akan terus ditingkatkan.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts