Komen yang ditinggalkan pelakon Saliba Saibi terhadap pendedahan Nur Fazura mengenai punca perceraian dengan suami, Fattah Amin mengundang pelbagai reaksi netizen.
‘Woi, dah lah tu. Diamlah’
Menerusi komen tersebut, Salina, 42, meminta agar aktres berkenaan berhenti membuat pendedahan mengenai hal rumah tangga serta berdiam diri.
Woi dah la tu. Diamlah.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen turut menyokong dan bersetuju dengan Salina malah mereka menasihati Fazura agar berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan atau membuka aib Fattah di khalayak ramai.
Habis aib suami dia buka.
Kasihan Fattah, apa lah aibkan macam tu je.
Tak perlu kot nak buka semua tu.
Betul tu tak perlu buka cerita keluarga pada orang luar.
Bukan soal berpihak kepada sesiapa tapi dalam agama memang dilarang sebarkan aib suami isteri.
Komen Salina
Terdahulu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu sekitar pukul 9.45 pagi pada Isnin. Lafaz itu tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.
Pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun.