Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, October 10, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentWow! MASDO Tercalon Dalam MTV EMA Awards Bagi Kategori ‘Best Asia Act’

    Wow! MASDO Tercalon Dalam MTV EMA Awards Bagi Kategori ‘Best Asia Act’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kugiran MASDO kembali melakar sejarah setelah tercalon dalam kategori Artis Asia Terbaik “Best Asia Act” di MTV EMA Manchester 2024 akan datang ini.
    Anugerah MTV EMA dikenali di seluruh dunia sebagai malam anugerah muzik terbesar, persembahan ikonik dan meraikan bintang terbaik dalam industri muzik. Tahun ini, ia akan berlangsung di Manchester, England pada 10 November (Eropah) dan 11 November (Asia).

    Sebagai acara anugerah muzik global terulung, MTV EMA menawarkan pengalaman berbilang platform dengan penonton merentasi 170 negara menerusi saluran MTV yang luas. Yang pasti, pencalonan ini memberi peluang besar buat MASDO untuk berhubung dengan peminat muzik

    View this post on Instagram

    A post shared by Warner Music Malaysia Domestic (@warnermusicmy)

    Mari Cetuskan Sejarah! Undilah MASDO!

    Peminat di Malaysia pastinya akan menyokong dan mengundi MASDO bagi membantu mereka memenangi trofi berprestij EMA! Selain MASDO, kategori Artis Asia Terbaik “Best Asia Act” tahun ini turut menampilkan calon-calon hebat dari Indonesia, Filipina, Jepun dan Korea Selatan. Pencalonan MASDO ini pastinya membanggakan Malaysia di pentas global!

    Undian mula dibuka pada 8 Oktober (Selasa) jam 6 petang waktu Malaysia dan undian akan ditutup pada 7 November (Khamis) jam 6.59 pagi waktu Malaysia.

    MASDO berpeluang untuk mencipta sejarah di MTV EMA! Kumpulan muzik Malaysia ini dicalonkan dalam kategori Artis Asia Terbaik “Best Asia Act” dan kemenangan mereka akan menjadi detik hebat buat muzik Malaysia di pentas global.

    Jom sama-sama kita tunjukkan sokongan terhadap MASDO. Anda boleh undi MASDO setiap hari di Garis panduan untuk pengundian boleh didapati di laman web MTV EMA www.mtvema.com.



    Related articles

    Follow Us

    20,229FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts