Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, September 16, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Ya, Betul Saya Dah Kahwin Lagi, Isteri Yang Pinangkan’ – Sanusi

    ‘Ya, Betul Saya Dah Kahwin Lagi, Isteri Yang Pinangkan’ – Sanusi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Foto: MalaysiaGazette

    Menteri Besar Kedah, mengaku dirinya sudah berkahwin lagi dengan seorang anggota polis baru-baru ini.

    Kahwin satu lagi

    Foto: Sinar Harian

    Memetik laporan Harian Metro, Sanusi terkejut apabila kisah perkahwinannya itu menjadi bualan sehinggakan ada pihak yang mendakwa dirinya ditangkap khalwat.

    Bukan itu sahaja, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu menjelaskan bahawa majlis meminang isteri kedua turut dilakukan sendiri oleh isteri pertamanya iaitu Tok Puan Seri Jusmalailani Jusoh.

    Ada ke cakap saya kena tangkap khalwat, tak patut sungguh, saya kahwin dengan anggota polis, isteri saya yang pergi meminang dia dan pinangan itu dibuat berbulan-bulan dah.

    Alhamdulillah sempurna, teratur. Dia seorang ibu tunggal anak satu.

    Ketika perkahwinan, isteri ada anak-anak saya pun hadir dan semua proses (prosedur) semua dipatuhi. Saya tak berhasrat untuk buat pengumuman, saya nak elak benda sensasi yang tak perlu ini.

    Saya pun kasihan tengok wartawan kejar saya, saya rasa tak ada isu apa, saya ada kuota dua lagi.

    Kongsi bibit perkenalan

    Foto: Kosmo

    Berkongsi mengenai perkenalan bersama isteri kedua, beliau memaklumkan pertemuan mereka bermula ketika wanita terbabit melakukan siasatan mengenai kes sebuah kabin kontena kosong dalam kawasan kediaman rasmi Menteri besar yang terbakar.

    Isteri (baharu) saya bukan penyiasat REE (unsur nadir bumi), dia penyiasat satu pengeboman di kediaman rasmi Menteri besar, bom itu pun dah meletup, kontena itu terbakar.

    Saya jumpa dia untuk kali pertama dan kali terakhir atas siasatan bom, jadi polis datang ramai ramai ambil statement untuk siasatan, selepas itu dia jadi kawan isteri saya.

    Dia ada mengaji di kuliah sama dengan isteri, tak ada kawan dan berjumpa, lepas kahwin saya bercinta.

    Dalam pada itu, Sanusi berharap orang ramai menghormati privasi keluarganya dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi.

    Saya nak maklumkan pada tuan-tuan, percintaan selepas perkahwinan lebih indah daripada percintaan sebelum berkahwin, harap lepas ini tak ada spekulasi apa-apa lagi hal peribadi hal rumah tangga tak eloklah diheret merata rata, hormati privasi saya keluarga saya anak saya.

    Terdahulu, kisah mengenai pernikahan kedua Sanusi telah menjadi bualan wargamaya di aplikasi X sehinggakan timbulnya dakwaan ADUN Jeneri itu ditangkap khalwat.

    ALSO READ:  Usah Buat Perkara yang Berisiko Jika Nak Bertolak - Ika Nabella

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts