Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai kisah seorang pelawak dan isterinya direman dua hari bagi membantu siasatan tentang penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram.
Terbaru, teka-teki mengenai identiti pelawak tersebut akhirnya sudah terjawab apabila Mamat Sepah sendiri mengakui dia merupakan individu yang dimaksudkan itu.
Ya, memang saya
Menurut Mamat, dia dan isteri iaitu Nordiana Ibrahim memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dan menerima layanan baik sepanjang tempoh siasatan dilakukan.
Ya, memang saya yang ditahan reman berhubung kes tular beberapa hari sebelum ini.
Alhamdulilah keadaan saya macam biasa saja lagipun ia masih dalam peringkat siasatan, malah saya berikan kerjasama penuh kepada pihak polis, tiada timbul sebarang isu atau masalah lain.
Terdahulu, Mamat dan isteri dibebaskan atas jaminan polis.
Menerusi laporan Mstar, Mamat enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan mengaitkan dirinya dalam penyebaran maklumat itu.
Untuk perkara itu saya rasa lebih baik pihak peguam saya yang bercakap kerana ia berkaitan undang-undang kan. Kes ini akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya.
Menurut peguam mewakili Mamat iaitu Muhammad Fadhli M. Sutris, kes berkenaan masih lagi dalam siasatan polis. Oleh sebab itu, Fadhli meminta orang ramai berhenti membuat sebarang spekulasi di media sosial yang boleh menganggu proses siasatan pihak polis terhadap anak guamnya.
Kes ini akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya, dan perkara ini akan dinilai untuk tindakan selanjutnya. Proses siasatan ini masih dijalankan jadi saya nak menasihatkan kepada semua jangan memberikan komen atau buat spekulasi yang boleh menganggu s?asatan polis.