Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentYang Single Buka Mata Luas-Luas, Jodoh Kamu Mungkin Di Depan Mata Kalau...

    Yang Single Buka Mata Luas-Luas, Jodoh Kamu Mungkin Di Depan Mata Kalau Ada Tanda Ini…

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jangan berasa sedih dan risau, jodoh pasti akan tiba. Mungkin mereka sudah berada di sekeliling kamu, tetapi kamu tidak sedar akan kehadiran mereka.

    Ini bukan ‘delulu’ tetapi ‘trululu’, mungkin jodoh kamu berada di hadapan kamu sekarang. Nak tahu bagaimana mengenal pasti si dia sebagai jodoh kamu? Perhatikan tanda-tanda berikut;

    Foto – Pinterest
    • Rasa seperti kena ‘renjatan elektrik’. Apabila kamu berjumpa dengan jodoh, secara tidak sengaja kamu berdua akan jatuh cinta yang menyebabkan rasa itu sempurna dan sesuai.
    • Perkara lain tidak penting. Pernah tak kamu rasakan seperti kamu dan si dia sahaja yang penting, perkara di luar hubungan kamu tidak perlu diambil berat dan tidak relevan?
    • Tingkah laku berbeza dari sebelum ini. Mungkin sebelum ini si dia mungkin melayan kamu sebagai kawan, tetapi lama-kelamaan si dia melayan kamu sebagai seorang kekasih dan lebih menghargai hubungan kamu berdua.
    Foto – Pinterest
    • Tahu “he’s the one. Perasaan kamu sendiri yang akan memberitahu bahawa dia adalah yang sempurna dan sesuai untuk menjadi teman hidup kamu.
    • Berkongsi matlamat hidup yang sama. Kedua-dua kamu berada di ‘halaman’ yang sama dan mempunyai cara yang berbeza untuk mencapai tujuan tersebut. Tetapi sebagai hasilnya kamu menginginkan hasil yang sama.
    • Dapat merasai kesakitan masing-masing. Situasi ini terjadi apabila kamu terlalu sayangkan atau mengambil berat tentang si dia sehinggakan kesakitan atau keperitan yang dialaminya, kamu boleh rasai dan kongsi perasaan itu.
    Foto – Pinterest
    • Mahu bina masa depan bersama. Si dia bercakap tentang rancangan masa depannya dan kamu berada di dalamnya.
    • Rasa saling lengkap melengkapi. Setiap orang ada kekurangan dan kelemahan tetapi hubungan melengkapkan setiap pasangan seperti yin dan yang.
    • Faham antara satu sama lain. Di antara kamu dan si dia tidak akan pernah ada salah faham dan sentiasa memahami kamu tidak kira apa jenis situasi sekalipun.
    ALSO READ:  Anak-Anak Dijangkiti Influenza A, Kapsyen Sharifah Shahirah Curi Perhatian Netizen!-“Dalam Risau Pun Sempat…”
    Foto – Pinterest
    • Sehari tak bercakap rasa tak lengkap! Jika kamu tak bercakap dengan si dia seharian, hari kamu akan rasa tak lengkap dan kosong sahaja.
    • Letak tahap kepercayaan yang tinggi. Dalam tak sedar, akan ada seorang individu yang kamu akan letak kepercayaan yang tinggi dan tak mahu dikecewakan.
    • Rasa lebih dihargai. Si dia sering memuji dan melayan kamu dalam cara yang berbeza dari orang lain. Tingkah lakunya penuh dengan kasih sayang yang kamu tak pernah rasakan sebelum ini.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts