Pelakon dan usahawan, Wan Syahera Putri Aprena atau lebih dikenali sebagai Aprena Manrose tampil bersuara selepas dirinya dikritik netizen kerana penampilannya yang mengenakan hoodie sehingga menampakkan bahagian leher ketika bersenam.
Hargai Teguran Netizen
Akui dirinya bukanlah manusia yang sempurna, Aprena menerusi hantaran di Instagram turut menitipkan pesanan buat netizen untuk tidak mengikut contoh yang tidak baik dilakukan serta berterima kasih di atas teguran yang diberikan kepadanya di media sosial. “Saya hanya manusia biasa . Yang baik silalah ikut, yang tak baik dari saya ni janganlah kamu mengikut. Apa-apapun terima kasih menyayangiku seadanya. Tegur kerana sayang. Jika benar sayang, tengoklah saya mengaji akan keluar bulan puasa nanti tau.”-tulis Aprena Manrose di instagram
View this post on Instagram
A post shared by WAN SYAHERA PUTRI APRENA (@mrsaprenamanrose)
“Janganlah Buka Tudung, Dunia Dah Akhir Zaman…” Sebelum ini, Aprena mendapat teguran netizen selepas dilihat memuatnaik beberapa foto yang memaparkan dirinya mengenakan hoodie sehingga menampakkan bahagian leher.
View this post on Instagram
A post shared by WAN SYAHERA PUTRI APRENA (@mrsaprenamanrose)
Sama-sama kita doakan agar pelakon ini terus istiqomah dalam menjadi muslimah yang terbaik…