Pendakwah bebas, Amin Idris berkongsi satu hantaran berbentuk penghargaan bagi mengenang jasa penyanyi dan komposer nasyid iaitu Yasin Sulaiman.
Terima kasih abang Yasin
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Amin menitipkan ucapan terima kasih buat Yasin yang telah banyak menghasilkan karya hebat dalam industri nasyid tanah air.
Menurut penceramah berusia 43 tahun, lagu-lagu yang dihasilkan Yasin begitu berkualiti sehingga menjadi antara penyanyi nasyid yang digemarinya sejak dulu lagi.
Hantaran ini bertujuan menghargai jasa dan sumbangan seorang insan bernama Yasin Sulaiman.
Bro Amin mengagumi Abang Yasin sejak album ‘Show Me The Way’ dan ‘Sure You Can’ semasa zaman kumpulan Mirwana dulu (sebelum Mirwana versi sekarang) sehinggalah tertubuhnya Brothers.
Bagi fans nasyid sejak awal 90an, pasti tahu betapa geniusnya seorang bernama Yasin Sulaiman dalam mencipta lagu.
Terima kasih Abang Yasin atas lagu-lagu yang dihasilkan beliau. Terima kasih Abang Yasin kerana album-album Brothers bermula dari album ‘We Are’, ‘Satu Perjuangan’, ‘Sabar’, ‘Mimpi Laila’, ‘Salsabila’ dan banyak lagi.
Penyanyi nasyid pertama menang AJL
Dalam pada itu, Amin juga sempat mengimbau nostalgia kemenangan Yasin di Anugerah Juara Lagu Ke-16 (AJL16) sekaligus menjadikannya penyanyi nasyid pertama yang memenangi anugerah berprestij itu.
Generasi sekarang pasti tak tahu yang Abang Yasin merupakan satu-satunya penyanyi nasyid yang berjaya meraih Anugerah Juara Lagu di AJL melalui lagu Mimpi Laila.
Di akhir hantaran, Amin mendoakan agar segala urusan Yasin dalam mengharungi kehidupannya dipermudahkan.
Walau apa jua isu yang melanda Abang Yasin, kami tetap hormat Abang Yasin sebagai legend dalam industri nasyid.
Abang Yasin ibarat ‘Teman Sejati’ bagi kami peminat nasyid. Doa kami sentiasa bersama Abg Yasin. Terima kasih Abang Yasin.
Sekadar info, Yasin Sulaiman didapati bersalah atas tiga kes dadah dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada Khamis.