Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentYasmin Hani & Bekas Suami Wujudkan Kalander Untuk Aktiviti Anak – ‘Berkomunikasi...

    Yasmin Hani & Bekas Suami Wujudkan Kalander Untuk Aktiviti Anak – ‘Berkomunikasi Setiap Hari, Rumah Kami Pun Dekat’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Yasmin HaniYasmin Hani

    Demi kebaikan anak-anak, pelakon Yasmin Hani memberitahu dia masih menjaga hubungan baik dengan bekas suami, Sha’arin Razali biarpun ada kala berlaku salah faham.

    Berbaik demi anak

    Yasmin HaniYasmin Hani

    Menurut Yasmin, dia dan Sha’arin akan berkomunikasi setiap hari untuk urusan anak-anak selain mempunyai kalendar yang menyenaraikan jadual aktiviti mereka.

    Memang perit getir, gaduh semua ada, sekat-menyekat pun ada tapi kita kena juga (baik) sebab aktiviti anak. Sebab anak-anak ada banyak aktiviti, nak pergi tusyen, bola dan lain-;ain.

    Nak tak nak memang kena bercakap dan berkomunikasi setiap hari. Ikutkan ramai juga DM tanya macam mana saya buat (jaga anak bersama). Kalau dah tawar, letak tepi sebab dah ada closure.

    Sekarang ini kena ada ‘goal’ iaitu anak. Kau nak keluar dengan sesiapa, ikut suka, aku keluar dengan siapa, kau tak ambil tahu. Lagipun kami ada satu kalendar yang kongsi semua jadual kami.

    Yang penting, kena ada persefahaman. Walaupun dalam komunikasi itu bergaduh, kena balik bercakap, kena waras, mutual untuk anak-anak.

    Yasmin ditemui ketika sidang media filem sekuel Duyung berjudul Duyung: Lagenda Aurora yang diadakan di Wetland Studio, Putrajaya baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Yasmin bersyukur apabila perpisahan dengan bekas suami tidak memberi kesan buruk terhadap anak-anak.

    Alhamdulillah, anak-anak semua okay. Sebab itu kalau ada bercuti pun, kami bercuti sama-sama. Kalau ada hal apa-apa pun, Sha’arin akan datang. Dia pun ada datang rumah nak tengok anak-anak.

    Malah, ibu saya pun pernah tidur rumah dia. Kami semua masih rapat, macam dulu cuma hubungan suami isteri itu dah tak ada. Sebab kami nak buat selagi nampak normal.

    Kami tak nak anak-anak rasa terkesan sangat. Alhamdulillah, saya rasa kami berjaya. Kalau nak tahu, rumah kami pun dekat sebab senang untuk apa-apa urusan anak.

    Untuk rekod, Yasmin mendirikan rumah tangga dengan Sha’arin yang juga pemain dram Blackrose pada 2015 dan berpisah selepas 10 tahun berkahwin berpunca daripada tiada persefahaman.

    ALSO READ:  One Avenue Band Mahu Peminat Rasai ‘Vibes’ Galau Dengan Lagu ‘Jangan Pergi’

    Perkahwinan mereka diserikan dengan dua cahaya mata lelaki iaitu Noah Ismail Wong, 10 dan Eissa Elzander Wong, 7.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts