Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentYasmin Hani Mahu Nikmati Momen Bercinta Dengan Alif Hadi, Malas Fikir Pasal...

    Yasmin Hani Mahu Nikmati Momen Bercinta Dengan Alif Hadi, Malas Fikir Pasal Kahwin – ‘Masuk 3 Tahun Kami Berkawan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Yasmin HaniYasmin Hani

    Pelakon Yasmin Hani mendedahkan dia pernah menerima mesej berbaur lucah dan ‘nakal’ daripada individu tidak dikenali dengan alasan ingin berkenalan.

    ‘Sondol menyondol’

    Yasmin HaniYasmin Hani

    Ketika ditemui , Yasmin bagaimanapun berkata dia tidak melayan individu terbabit dan mengabaikan mesej yang dikirimkan.

    Yasmin menganggap, tindakan tersebut seperti mahu mengganggu hubungan cintanya dengan aktor Alif Hadi.

    Sondol menyondol itu memang berlaku. Ada yang mesej ajak keluar dating dengan saya. Hantar gambar pelik-pelik, malah yang lucah pun ada.

    Saya buat-buat tak tahu dengan mesej yang diterima itu. Ada yang tanya saya dah kahwin ke? Tanya itu tanya ini, saya malas nak layan.

    Yasmin berkata demikian ketika ditemui pada majlis hari raya filem Jangan Pandang Belakang 2 yang diadakan di Hyatt Place, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Akui sering menerima pertanyaan mengenai tarikh untuk mendirikan rumah tangga dengan Alif, Yasmin berkata dia tidak mempunyai jawapan.

    Katanya, dia seronok melayari detik percintaan bersama aktor tersebut yang kini memasuki tahun ketiga.

    Untuk bercakap bila saya dan Aliff akan disatukan belum ada kepastian. Sekarang ini kami masih melayari hubungan percintaan sebagai kekasih. Kami tidak mahu buat sesuatu kerana ikut cakap orang. Bulan April genap tiga tahun kami berkawan.

    Banyak perkara yang perlu dipastikan semua sudah siap jika mahu berkahwin. Lagi pula saya bukan seorang, saya ada dua orang anak. Tidak pernah target bila masa dan ketika itu, nanti hujung-hujung saya yang stress.

    Berkongsi lebih lanjut, Yasmin berkata dua cahaya matanya juga sudah selesa dengan Alif.

    Saya tidak pernah rasa serik untuk berkahwin, kalau saya rasa begitu mustahil saya ingin berkawan dengan orang, contoh Aliff. Anak saya sendiri suka dengan Aliff, sangat selesa dan mesra.

    Saya pun tidak mahu anak saya tengok mak dia ini bertukar-tukar kekasih. Kalau boleh nak seorang sahaja.

    Imbas kembali, Yasmin pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas pemain dram kumpulan Blackrose iaitu Sha’arin pada 2015, namun disahkan bercerai pada Disember 2021.

    ALSO READ:  Video: Misya Mazlan - 'Allah Ada, Manusia Tidak Diperlukan'

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 10, dan Eissa Elzander Wong, 7.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts