Semalam, pengacara dan pelakon jelita, Yaya Zahir memberitahu dia menerima 10 jahitan di tapak tangannya selepas terkena serpihan kaca.
Pecah kepada dua
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Yaya atau nama sebenarnya Zuhairah binti Zahir menceritakan kisah bagaimana dia boleh menerima 10 jahitan tersebut.
Menurut Yaya, ketika itu dia sedang membasuh cawan sebelum ia pecah kepada dua.
Disebabkan terlalu panik, Yaya mengeluarkan serpihan kaca yang terkena pada tangannya sehingga menyebabkan darah keluar tanpa henti.
Saya membasuh cawan ini dan ia pecah kepada dua. Serpihannya terus masuk ke dalam tapak tangan saya.
Saya mengeluarkannya kerana panik dan begitu banyak darah keluar tanpa henti. Saya hampir mati melihat darah, bukan luka dan semua isi saya semua keluar.
Dalam masa yang sama, pengacara yang berusia 32 tahun itu, mengucapkan terima kasih kepada suaminya kerana menjaga dan menenangkannya sewaktu kejadian tersebut berlaku.
Terima kasih kepada suami kerana menjaga dan menenangkan saya sepanjang sitausi tersebut dan memandu 10 minit ke hospital.