Senarai penuh peserta akhir yang layak untuk Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) sudah diumumkan pada Jumaat lepas dan salah seorang daripadanya adalah Aina Abdul.
Tidak Menyangka Berjaya Ke Final
Aina yang pada mulanya tidak menyangka lagu Puas Sudah yang ‘dianak tirikannya’ memberi rezeki buatnya apabila layak ke Anugerah Juara Lagu ke-39.
Seperti biasa, kehadiran Aina untuk apa-apa acara mahupun pertandingan pastinya meraih perhatian warga net dan kali ini untuk Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-39 (SFMM39), Aina mengenakan busana berbentuk hati yang besar dan bewarna merah.
Dalam pada itu, Aina juga ada berkongsikan di laman Instagram miliknya dan momen di sebalik tabir pembikinan busana berbentuk hati yang digayakan sewaktu Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-39 itu.
Hampir Terjatuh
Menerusi hantaran Aina di akaun media sosial, dapat dilihat sesi fitting bagi persalinan yang direka oleh pereka fesyen terkenal, Melinda Looi.
View this post on Instagram
Apa yang menarik perhatian apabila Aina dilihat beberapa kali mencuba untuk membuka replika berbentuk ‘hati’ itu sehingga hampir terjatuh.
Unik itulah Aina Abdul.
Maksudnya atas pentas haritu boleh apa-apa sahaja berlaku kan. Tapi jatuh benda berat tu memang cantik dan on point. Fuh terbaik lah.
Punya la berat benda alah tu, sampai tak tertanggung orang disitu.
Aku suka effort Aina. Boleh tengok dia gigih tau nak dapat apa dia nak dengan designer dia cuba terbaik untuk Aina, tapi semalam memang berjaya.
Melihat diruangan komen rata-rata warganet memuji usaha dan kerja keras Aina dan juga Melinda Looi yang dianggap sangat unik dan hebat.