Penyanyi, Yuka Kharisma akhirnya membuka mulut berhubung pendedahan yang didakwa dikeluarkan oleh usahawan, Eriyca Baiduri atau lebih mesra dengan panggilan Madammu.
Yuka nak ambil tindakan undang-undang
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Yuka memaklumkan bahawa kenyataan tersebut adalah satu fitnah terhadap dirinya dan susulan daripada itu, dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap usahawan kosmetik tersebut.
Dulu saya bagi peluang untuk tidak ambil tindakan sebab klien jenis macam ni tak nak faham pasal hak cipta lagu yang sudah tertulis dalam invoice. Tapi kali ini saya tak akan bagi muka dan saya akan ambil tindakan yang keras terhadap fitnah melampau ini.
Tidak gentar dengan amaran tersebut, Madammu memberitahu dia bersedia dengan menunggu tindakan yang bakal diambil oleh pelantun lagu Tentang Rasa itu.
Waiting (saya tunggu).
Terdahulu, Madammu mendedahkan sikap sebenar Yuka yang didakwa suka mengambil kesempatan terhadap orang lain selain meminta orang ramai yang berurusan dengan penyanyi itu agar lebih berhati-hati.
Perselisihan faham yang berlaku antara Madammu dan Yuka dipercayai berpunca sewaktu mereka bekerjasama untuk penghasilan lagu tema produk Noir, sebelum ini.