Penyanyi antarabangsa kelahiran Malaysia, Yuna Zarai membuat perkongsian bersama peminat mengenai tindakannya untuk menentang kekejaman Zionis di bumi Palestin.
Digelar Gila Selepas Henti Kerjasama Dengan Jenama Antarabangsa?
Menurut Yuna atau nama penuhnya, Yunalis Mat Zara’ai menceritakan bahawa dia digelar sebagai gila apabila memberitahu rakan-rakannya di Los Angeles dan Malaysia mengenai keputusannya untuk berhenti kerjsama dengan sebuah jenama pada November 2023.
“Hanya mahu mengatakan bahawa apabila saya memberitahu rakan-rakan di Los Angeles, Kuala Lumpur, saya membuat keputusan untuk berhenti bekerja dengan jenama Z pada November 2023.
Rakan-rakan kata saya gila, ‘ia tak bagus untuk awak’, ada di antara mereka malah menukar topik.”-kongsi Yuna
“Beberapa Lelaki Ambil Foto Saya Pakai Rantai 🍉…”
Akui dirinya sebagai bukan manusia yang sempurna, Yuna menyatakan bahawa beberapa orang lelaki pernah mengambil fotonya yang memakai rantai lambang tembikai yang juga solidariti untuk Gaza demi menakutkannya.
“Sebagai manusia, saya tahu saya tak sempurna, kami tak sempurna. Anda tidak fikirkan di sana ada orang yang kehilangan pekerjaan, kehilangan biasiswa, shadowbanned, dan diganggu kerana menentang jen 0 cyde?
Beberapa lelaki mengambil foto saya memakai rantai 🍉 untuk menakutkan saya. Tetapi anda tak tahu apa yang kanak-kanak di G4za tidak hidup setiap hari.-kongsi Yuna lagi
View this post on Instagram
“Saya Bangga Dengan Anda…’
Di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan kata-kata semangat buat Yuna, malah ramai yang meluahkan rasa bangga dengan tindakan penyanyi hebat ini untuk menentang kekejaman Zionis di bumi Palestin.
“Inilah sebab kami menyayangi anda, Yuna.”
“Respect, Yuna! 100% what you said!.”
“Saya bangga dengan anda. Saya tak akan henti menyokong semua hasil kerja anda.”
Apa komen anda?