Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentYusof Haslam Dan Isteri Sedih Melihat Syamsul Yusof Hadir Ke Mahkamah Tanpa...

    Yusof Haslam Dan Isteri Sedih Melihat Syamsul Yusof Hadir Ke Mahkamah Tanpa Ditemani Ahli Keluarga

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini pada 19 Ogos yang lepas, peguam mengesahkan Syamsul Yusof sudah memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar atas sebab tiada persefahaman.

    Atas kejadian tersebut, pelbagai spekulasi dan dakwaan yang dikeluarkan kononnya melibatkan dengan ibu bapa kepada Syamsul.

    Tidak Akan Memutuskan Hubungan Kekeluargaan

    Dengan itu, pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam meluahkan walaupun anaknya Syamsul Yusof menjauhkan diri daripada keluarga, namun, itu tidak akan memutuskan hubungan kekeluargaan mereka.

    Menurut Harian Metro, Yusof Haslam, Syamsul tetap darah daging yang membawa namanya sampai bila-bila.

    Walau apa pun, dia pun takkan terpisah dan tak boleh hilangkan sebab nama dia, Syamsul Yusof.

    Bukan Syamsul lain. Anak saya, Syamsul Yusof.

    Menurut Yusof, dia tidak menghalang Syamsul untuk melebarkan sayapnya sebagai pengarah untuk bekerja di tempat lain dan hanya inginkan kedamaian dalam keluarga.

    Dia pergi mana sekalipun, bekerja dengan syarikat produksi mana sekalipun, kalau itu hajat yang dia nak dan menggembirakan hati dia, teruskan.

    Mahukan Kedamaian Keluarga

    via Hi Glam

    Bagi Yusof Haslam, sebagai orang tua kepada anak-anaknya, dia mahukan kedamaian dalam keluarga supaya tidak berlakunya sebarang konflik.

    Sebagai orang tua, mestilah saya nak kedamaian dalam satu keluarga supaya tidak berlaku konflik.

    Mungkin ini satu ujian bagi saya. Allah dah bagi keluarga saya, buat filem dapat sambutan, Syamsul buat filem dapat sambutan, semua dengan izin Allah.

    Bukan sebab kita hebat. Buat yang sebaik daya dan yang menggerakkan hati orang ke panggung adalah Allah.

    Sehingga kini, Yusof dan isteri, Datin Patimah Ismail masih tidak berhubung dengan Syamsul sejak sekian lama, namun, tetap merasakan kesedihan melihat anak sulung mereka hadir ke mahkamah tanpa ditemani keluarga.

    Kesian tengok Syamsul pergi mahkamah seorang diri. Tapi, apakan daya. Kita terputus (terpisah), kan.

    Saya doakan Syamsul kuatkan semangat dia untuk menghadapi apa sahaja cabaran dan dugaan. Jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran.

    Sebagai ibu bapa, kedua-dua mereka merindukan kasih sayang seorang anak. Sekadar rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

    ALSO READ:  ‘Kami Tak Buka Pun Bungkusan Itu Jadi Tak Tahu Apa Isi Di Dalamnya’

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts