Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, January 23, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentYusof Haslam Sifatkan 2024 Sebagai Tahun Paling Indah, Gembira Syamsul Kembali Ke...

    Yusof Haslam Sifatkan 2024 Sebagai Tahun Paling Indah, Gembira Syamsul Kembali Ke Pangkuan Keluarga – ‘Dia Selalu Balik Rumah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Datuk Yusof HaslamDatuk Yusof Haslam

    Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam menyifatkan 2024 sebagai tahun yang cukup indah buatnya apabila anak tercinta, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarga.

    Tahun indah

    Datuk Yusof HaslamDatuk Yusof Haslam

    Menganggap apa yang terjadi sebelum ini sebagai satu ujian, Yusof, 70, berkata, dia dan isteri, Datin Patimah Ismail sangat gembira kerana keluarganya kembali bersatu semula.

    Dah beberapa tahun juga agak pahit, tapi tak apa. Saya tak salahkan sesiapa, ini semua takdir. Apa yang terjadi, takdir dan kita kena reda.

    Alhamdulillah, yang paling buat saya gembira bila anak saya iaitu Syamsul dah kembali ke pangkuan keluarga. Hubungan kami sekeluarga pun dah baik.

    Selalu dia balik rumah, malam kelmarin pun dia ada balik rumah, makan masakan ibunya.

    Yusof berkata demikian ketika ditemui di majlis Future Of Astro Shaw yang berlangsung di TGV KLCC, Kuala Lumpur, pada Rabu.

    Kembali ke Skop Production

    Syamsul YusofSyamsul Yusof

    Dalam pada itu, Yusof turut berkongsi perbualan antara dia dan Syamsul ketika anaknya itu pulang ke rumah dua hari lalu.

    Tuturnya, Syamsul juga memberitahu ingin kembali mengarahkan filem di bawah syarikat terbitannya iaitu Skop Production.

    Dia ada cakap ‘papa walaupun Syamsul dah buat filem dekat luar dengan penerbit lain, tapi Syamsul akan buat filem untuk papa’.

    Cuma sekarang dia tengah sibuk tapi dia akan kembali buat filem dengan Skop. Tapi saya cakap terpulang pada dia. Bagi saya, paling penting hubungan antara anak dan ayah lebih penting.

    Kalau boleh, jangan tinggalkan Skop Production, tempat dia dilahirkan. Bapa dia berjuang berpuluh tahun dan saya perlukan anak-anak lelaki saya untuk teruskan perjuangan saya.

    ALSO READ:  Warga Emas Perlukan RM30,000 Untuk Jalani Pembedahan Jantung – ‘Ini Adalah Ikhtiar Terakhir Saya, Semoga Ada Sinar’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts