Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia iaitu Yusuf Azmi mengajak penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan, Caprice untuk bersemuka bagi menyelesaikan kemelut antara mereka.
Surat terbuka untuk Caprice
Menerusi surat terbuka yang dikongsikan di TikTok, Yusuf mengajak Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berbincang mengenai perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati penyanyi itu terhadap pihaknya.
Surat terbuka untuk Caprice Daddycap . Pihak Semboyan Malaysia mengajak Caprice untuk berdepan dengan kami dan bercakap depan kami tentang apa yang tidak puas hati dengan pihak kami.
Kami menjemput Caprice dan masih menganggap anda sebagai seorang lelaki.
Tambah Yusuf lagi, jemputan pertemuan tersebut adalah bertujuan supaya mereka berdua dapat mencari keadilan dan kebenaran.
Pihak Semboyan dengan hormat mengajak anda untuk duduk semeja dan berdepan dengan kami. Jemput datang ke Semboyan dan kita berbincang demi kebenaran dan keadilan.
Terdahulu, Caprice memuat naik satu foto memaparkan Yusuf bersama pemimpin GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.