Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentYusuf Bahrin Belajar Muay Thai, Nasihat Pelakon Perlu Ada Asas Pertarungan Untuk...

    Yusuf Bahrin Belajar Muay Thai, Nasihat Pelakon Perlu Ada Asas Pertarungan Untuk Babak Aksi – ‘Tak Boleh Tipu Guna Kamera’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Aktor Yusuf Bahrin bersetuju dengan pendapat pelakon senior Ruzaidi Abdul Rahman iaitu ramai pelakon tidak mampu membawa watak aksi dengan baik meskipun mereka bertubuh sasa.

    Perlu ada asas

    Ketika ditemui , Yusuf atau nama lengkapnya Muhammad Yusuf Bahrin berkata, pelakon seharusnya mempelajari asas seni mempertahankan diri supaya dapat menghasilkan babak yang lebih baik dan realistik.

    Saya setuju, kalau kita tengok rata-rata terutamanya Eman Manan, Ruzaidi Abdul Rahman, Beto Kusyairy, dan Datuk Adi Putra mereka ini ada asas pertarungan jadi bila kita berlakon satu set dengan mereka, babak itu jadi cantik.

    Menurut aktor berusia 32 tahun ini, dirinya sendiri mengambil inisiatif untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri demi memberi impak yang lebih baik terhadap watak yang dibawanya.

    Perlu ada asas. Macam saya pun, saya tengah belajar Muay Thai, Silat untuk saya membuat persediaan. Tidaklah beria cuma kena tahu serba sedikit.

    Jadi bila masuk set penggambaran, kita dah bersedia dengan sebarang babak aksi, tak nampak cacat babak itu dan tak payah buat banyak kali.

    Yusuf berkata demikian ketika ditemui di sesi temu bual bersama pelakon drama Uncle Bos Mama yang berlangsung di Bukit Jalil pada Khamis.

    Dalam masa yang sama, suami kepada penyanyi Zizi Kirana itu turut menitipkan nasihat khususnya kepada pendatang baharu agar membuat persediaan terlebih dahulu sebelum memasuki set penggambaran.

    Kita semua kena ada asas untuk buat babak aksi terutama pelakon baharu, kalau dapat naskhah baru nak belajar memang tidak sempat.

    Itu semua untuk kemudahan kita dan menyenangkan orang lain juga di set penggambaran. Saya pernah ada pengalaman berbuat demikian, bila di set saya tengok kemahiran pelakon lain lebih hebat berbanding saya sedangkan saya yang watak utama cerita itu. Memang rasa malu.

    Percayalah bahawa asas pertarungan ini tidak boleh ditipu menggunakan teknik kamera. Memang kena ada asas.

    Sebelum ini, Ruzaidi berpendapat bahawa masih belum ada pelakon di dalam industri perfileman negara yang boleh menjadi aktor aksi lasak malah kebanyakan daripada mereka juga hanya bersandarkan pada rupa paras semata-mata.

    ALSO READ:  Pesawat Bersaksi: Afifah Nasir Dilamar dan Bertunang Dengan Syed Hariz

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts