Umum mengetahui, pelakon jelita Zahirah Macwilson kini bergelar ibu kepada dua cahaya mata selepas melahirkan bayi perempuan bernama Inara Raisa pada 31 Mei lalu.
Terkini, Zahirah menerusi hantaran di Instagram dilihat berkongsi beberapa foto keluarga termasuklah bersama suaminya yang juga pelakon, Aiman Hakim Ridza.
“Our first family photo ❤️.”-kapsyen Zahirah di Instagram
View this post on Instagram
“Nice Family Till Jannah…”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar keluarga bahagia ini dilindungi oleh sebarang unsur negatif, selain ramai yang meluahkan rasa teruja melihat wajah comel Isaac dan Inara.
“Mudahan-mudahan pasangan ini terus bahagia hingga ke akhir hayat 🤲🤲🤲.”
“Zahirah makin lawa selepas dapat anak kedua ini.”
“Ya Allah tolong lindungi keluarga ini dari pandangan jahat, Aaminn.”
“Ya allah perfect family ❤️ comei sangat Inara 😍 abang so handsome masyaAllah geram tengok dua-dua anak dorang nie 😘.”
“Ya Allah comelnyaa 😍.”
“Nice family till jannah.”
“Handsome nya si abang.”
“Love this happy family, handsome Isaac, baby so adroable.”
“Couple ni harap kekal sampai syurga, dua-dua kita love.”
Sekadar info, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Isaac Raees yang kini berusia dua tahun serta bayi perempuan, Inara Raisa yang baru sahaja dilahirkan pada 31 Mei 2024.
Apa komen anda?