Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentZahirah Macwilson Kongsi Keadaan Inara Alami Ekzema & Alergi Protein Lembu, Para...

    Zahirah Macwilson Kongsi Keadaan Inara Alami Ekzema & Alergi Protein Lembu, Para Ibu Kongsi Tip!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, Zahirah Macwilson berkongsi keadaan anak perempuannya, Inara Raisa yang sebelum ini terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan setelah disahkan mengalami alergi terhadap protein susu lembu (CMPA).

    Kongsi Zahirah menerusi hantaran di Instagram, alergi yang berlaku kepada bayi perempuanya itu menyebabkannya mahu kembali menyusu badan dan berhenti seketika daripada memberikan susu formula kepada Inara.

    “Alhamdulillah Inara dah makin baik, malam tadi dah discaj. Terima kasih buat semua atas, doa, nasihat dan kata-kata yang baik dari anda ❤️.

    Saya akan berhenti seketika untuk mencuba susu formula dan fokus semula pada perjalanan penyusuan saya untuk kesihatan bayi perempuan saya kerana dia mempunyai ekzema ringan & CMPA (Cow’s Milk Protein Allergy). Seluruh badannya terjejas dan mata bengkak.”-kongsi Zahirah di Instagram

    Para Ibu Kongsi Tip

    Menjengah ruangan komen rata-rata netizen dan rakan selebriti terutamanya para ibu membanjiri ruangan komen dengan berkongsi petua serta menitipkan doa agar Inara diberikan kesembuhan dengan cepat.

    “Alahai. Macam Ilon . So someone asked me to try Karihome (goats milk) but I only supplemented that when my BM was not enough.”-Daphne Iking

    “Ya my girl pun sama alergi susu sapi, dia minum susu soya 😢 Alhamdulillah better.”

    “Makan kurma banyak-banyak dan minum air kosong juga.”

    “Kesiannya Inara. Alhamdulillah Inara minum susu mummy banyak-banyak tau. Sama macam anak saya dulu alergi susu juga memang kena struggle bagi.”

    View this post on Instagram

    A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

    Sama-sama kita doakan agar Inara cepat sembuh…



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts