Pelakon Zahirah Macwilson berkongsi perkembangan terkini nenek kesayangannya, Faridah Binti Nyak Mohd yang kini dirawat di sebuah hospital di Shah Alam, Selangor.
Artikel berkaitan: Menu Berpantang Zahirah Macwilson Jadi Tumpuan, Dah Macam Hotel 5 Bintang! – ‘Kami Makan Ikan Kering Bakar Je’
Artikel berkaitan: Zahirah Macwilson Selamat Bersalin Anak Perempuan, Beri Nama Inara Raisa
Kegagalan buah pinggang
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Zahirah memaklumkan neneknya mengalami kegagalan buah pinggang, jantung lemah dan paru-paru berair.
Malah, doktor juga tidak memberi sebarang harapan bahawa neneknya bakal sembuh seperti biasa.
Perkembangan terkini tentang nenek kesayangan saya. Buah pinggangnya gagal berfungsi. Jantungnya lemah dan paru-paru berair. Dia nak makan tapi tak boleh.
Doktor tidak berharap untuk sembuh. Tapi bagaimanapun, nenek masih bertenaga dan ingatannya masih kuat.
Dalam pada itu, Zahirah memberi kata-kata semangat buat neneknya untuk kembali sihat agar mereka dapat meluangkan masa bersama di rumah.
Nenek kena cepat balik okay. Balik rumah Ira kita makan sedap-sedap, baca surat khabar setiap pagi dan tengok drama sampai tengah malam.
Bilik yang kami buat untuk nenek akan sentiasa jadi ‘bilik nenek’.