Pelakon dan model, Zahirah Macwilson memberikan ucapan istimewa sempena hari lahir suaminya yang juga pelakon, Aiman Hakim Ridza yang ke-35, pada 17 Januari hari ini.
Zahirah menerusi hantaran di Instagram, menitipkan ucapan romantis serta meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan yang dikecapi oleh suaminya itu.
“Selamat hari lahir hero Isaac dan sehati sejiwa Mummy. Hari ini kita raikan anda, kekasihku.
Saya bangga dengan anda dan segala yang anda berjaya capai. Kebijaksanaan, kasih sayang dan kesabaran anda tidak pernah gagal membuat saya terpukau.
Semoga Allah limpahkan anda dengan rahmat, kesihatan, kebahagiaan dan rezeki yang baik , Aamin 🎉🥳.
I ❤️ you..
Bulan depan anniversary pulak, so I’ll save the essay until then.”-titip Zahirah buat Aiman di Instagram
“Moga Terus Bahagia Sampai Syurga…”
Hantaran yang dimuatnaik oleh Zahirah turut dibanjiri dengan ucapan peminat sempena hari lahir Aiman, malah ramai yang menitipkan doa agar perkahwinan yang dibina, dijauhkan oleh fitnah dan berkekalan hingga ke Jannah.