Selepas berjaya menghasilkan jenama pakainnya sendiri, pelakon Zahiril Adzim mendedahkan dirinya ada terfikir untuk mengurangkan aktiviti lakonan selepas hampir 17 tahun berkecimpung di dalam dunia seni tanah air.
Nak cuba sesuatu yang lain
Ketika ditemui , Zahiril atau nama sebenarnya Zahiril atau nama sebenarnya Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar berkata, sudah tiba masa bagi dirinya untuk mencuba sesuatu yang lain dan sedikit berbeza demi masa depannya dan keluarga.
Tambah pelakon yang mula menempa nama dengan drama ‘Kami The Series’ itu, dia juga ingin memberikan peluang buat pelakon baharu yang berbakat untuk menempa nama di dalam industri lakonan.
Mungkin sudah tiba masanya untuk saya mencuba perkara lain pula sebab saya pun tak tahu berapa lama lagi saya akan berada di dalam industri.
Lagi pula, kita sekarang ini sudah ada gelombang pelakon baharu dan sudah tentunya saya mengalu-alukan kedatangan mereka.
Menurut pelakon berusia 40 tahun itu lagi, dia juga sangat terbuka untuk membantu memberi dorongan dan tunjuk ajar buat pelakon baharu untuk memantapkan lagi lakonan mereka.
Pada saya, ini masa mereka untuk bersinar pula jadi mungkin saya boleh mula duduk di belakang dengan membantu beri tunjuk ajar pada mereka.
Kalau perlu, saya akan berikan pertolongan, tunjuk ajar dan sokongan kepada mereka seperti mana yang saya dapat sewaktu mula-mula saya jadi pelakon satu ketika dahulu.
Zahiril berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada malam gala tayangan perdana filem ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam’ di GSC The Starling, Petaling Jaya.
Dalam pada itu, Zahiril juga bercadang untuk berada di belakang tabir sekiranya memilih untuk mengurangkan aktiviti lakonannya satu hari nanti.
Berlakon memerlukan banyak tenaga dan sangat memenatkan tubuh badan sebab kita kena selalu tukar baju di set, berhadapan dengan cuaca tak menentu dan sebagainya.
Saya ada terfikir juga mungkin daripada penat tubuh badan itu, dah sampai masa pula untuk saya memenatkan fikiran saya dengan cara bekerja di belakang kamera (belakang tabir).
Insya-Allah, doa-doakanlah saya.