Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentZahiril Adzim Menggemari Gamelan dan Minati Muzik Tradisional – 'Seketika Terpesona dengan...

    Zahiril Adzim Menggemari Gamelan dan Minati Muzik Tradisional – ‘Seketika Terpesona dengan Kecantikan Bunyi’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Zahiril Adzim mendedahkan dirinya merupakan penggemar dan peminat bagi elemen muzik tradisional dan nusantara terutama sekali alat muzik gamelan.

    ‘Syok’ dengar gamelan

    Ketika ditemui , Zahiril atau nama sebenarnya Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar berkata, minat itu mula hadir apabila dia mendengar irama muzik tersebut hampir setiap hari sewaktu menuntut di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) satu ketika dahulu.

    Tambah Zahiril, dia pasti akan berhenti daripada melakukan sebarang pekerjaan kerana terpegun dengan alunan muzik gamelan itu.

    Saya memang suka akan muzik-muzik tradisional terutama sekali muzik gamelan.

    Waktu saya belajar di Aswara satu ketika dahulu boleh dikatakan hampir setiap hari saya dengar muzik gamelan.

    Saya kalau dengar ada orang mainkan muzik gamelan saya akan berhenti seketika dan tengok persembahan itu sebab ia seakan merasuk kita.

    Ia buatkan saya jadi ‘syok’ sewaktu mendengarkan alunan muzik gamelan tersebut.

    Zahiril berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada malam gala tayangan perdana filem ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam’ di GSC The Starling, pada malam Rabu.

    Dalam pada itu, pelakon berusia 40 tahun ini memaklumkan bahawa elemen muzik itu jugalah yang menjadi salah satu faktor dirinya menerima tawaran untuk berlakon di dalam filem berkenaan.

    Meskipun filem Waruga ini tidak menggunakan irama muzik gamelan tapi ia masih menerapkan elemen muzik tradisional.

    Bila saya dengar adanya latang belakang lagu yang sebegitu, ia membuatkan saya tertarik untuk menjadi sebahagian daripada projek ini.

    Lagi pula sudah lama saya tidak bekerja untuk naskah dan karya yang menggunakan elemen-elemen nusantara sebegini.

    Sekadar info, filem ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam’ ini merupakan filem seram yang menerapkan elemen nusantara arahan Azaromi Ghozali.

    ALSO READ:  Eira Syazira Sedar Hamil Anak Ketiga Masa Usia Tujuh Bulan, Berlaku Pendarahan Sebab Aktif ‘Boxing’

    Selain Zahiril, antara pelakon lain yang turut membintangi filem ini termasuklah Datin Elvina Mohamad, Eriza Allya, Sahronizam Noor dan Ruminah Sidek.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,254FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts