Perkongsian terkini di Instagram milik pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson mencuri perhatian apabila dia memuat naik foto memperlihatkan bahagian matanya yang lebam.
Kena dera?
Zahnita bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci, namun berkata, kecederaan itu menyebabkan dia meninggalkan rumahnya dan kadang kala terpaksa memakai cermin mata.
Saya tak nak lakukan ini, tapi saya terpaksa juga. Ini sebab saya tinggalkan rumah lama saya dan kadang-kadang saya pakai cermin mata.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas membuat pelbagai spekulasi dan mendakwa Zahnita telah menjadi mangsa penderaan.
Tidak hanya netizen, rakan selebriti iaitu aktres Che Puan Sarimah turut meninggalkan komen dengan mengatakan Zahnita tidak sepatutnya diperlakukan sedemikan.
Awak tidak dan tidak akan pernah terima perkara seperti ini. Tidak.
Bagaimanapun, Zahnita tidak memberi sebarang penjelasan mengenai perkongsian itu dan membiarkan orang ramai membuat andaian sendiri.