Pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson menjadi tumpuan sejak semalam berikutan pendedahan berhubung isu rumah tangganya.
Kisah sedih
Menerusi satu hantaran di platform Threads, Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson dilihat meninggalkan komen pada satu hantaran tentang kisah sedih.
Tuliskan kisah sedih dengan hanya menggunakan tiga perkataan.
Aktres berusia 39 tahun itu kemudian menulis dengan ringkas kisah sedihnya.
Cinta dan kehidupan.
Berdasarkan tinjauan , hantaran tersebut dimuat naik pada 24 Februari tahun ini.
Terdahulu, pelakon filem Kuliah Cinta itu mengejutkan industri hiburan dengan berkongsi foto matanya lebam.
Zahnita kemudian mendakwa kecederaan itu berlaku kerana dia telah dipukul oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse.
Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami pada 2013. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata.