Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentZAI SRI GEMILANG Rai Ramadan Dengan ‘BUFET 25 MALAM’

    ZAI SRI GEMILANG Rai Ramadan Dengan ‘BUFET 25 MALAM’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Syarikat katering terkemuka tanah air Zai Sri Gemilang memperkenalkan tradisi pakej berbuka puasa ‘Bufet 25 Malam’ untuk tahun ketiga bertemakan Citarasa Timur Tengah bermula 14 Mac hingga 7 April ini di Urban Park Hall, Alam Impian, Shah Alam.

    Selain mampu menampung sehingga 1,000 pengunjung pada satu-satu masa dengan kemudahan fasiliti termasuk kawasan parkir dan surau yang luas bagi memudahkan pengunjung menunaikan solat dengan selesa, ‘Bufet 25 Malam’ juga akan dimeriahkan dengan kehadiran empat penyanyi terkenal iaitu Zamani, Ezad Lazim, Haziq Rosebi dan In-Team yang diundang khas sebagai tarikan utama untuk menghiburkan para tetamu pada hujung minggu.

    Sebanyak lebih 100 sajian lazat bakal dihidangkan termasuk hidangan signature seperti Nasi Arab Kambing Sujud yang disediakan menggunakan pelbagai herba dan rempah ratus, Shawarma dan Daging Tetel Gulai Kawah. Zai Sri Gemilang juga menyediakan menu utama popular seperti Nasi Minyak, Kambing Bakar, Daging Masak Hitam, Ikan Dory Masam Manis, Sup Soto Tulang Kambing Madura, Soto Ayam, Mi Kari Nyonya, Bubur Lambuk, Char Kuey Teow, Mi Goreng Mamak dan Beraneka Pasta.

    Pelbagai gerai makanan turut disediakan untuk menyajikan hidangan pembuka selera seperti ulaman, sambal, keropok, gorengan, sup, murtabak, roti jala, roti john, kuih muih, puding, aiskrim, buah-buahan, minuman dan lain-lain.

    Datin Hajah Zaiton Haji Abdul Rahman, Pengasas dan Pengarah Urusan Zai Sri Gemilang berkata mengenai penganjuran ‘Bufet 25 Malam’ untuk tahun ini, “Kata orang-orang lama, kalau ingin menambat hati seseorang, pikatlah perutnya. Kalau perut sudah terpikat, maka senanglah hatinya.

    Saya berpegang teguh dengan kata-kata ini sebagai asas utama bagi memastikan Zai Sri Gemilang terus kekal sebagai pilihan katering premium khususnya di sekitar Lembah Klang. Saya tidak akan berkompromi dalam penyediaan sajian berkualiti dan bersih.

    ALSO READ:  [VIDEO] Cik B Dedah DSV Tak Ada Masalah Imej ‘Boyish’ – ‘Sebab Saya Stailo & Swag’

    Kami membawa suasana Timur Tengah ke dalam dewan untuk memberikan ‘rasa’ kepada tetamu ketika berbuka puasa bersama kami.”

    Zai Sri Gemilang menawarkan harga tempahan awal ‘early bird’ pada harga RM98 (Isnin-Jumaat) dan RM118 (Sabtu-Ahad) untuk orang dewasa. Pakej berbuka puasa persendirian dan korporat turut disediakan dengan harga serendah RM90 seorang untuk tempahan minima 400 orang ke atas bagi tempahan awal (Isnin-Jumaat). Tawaran pembelian awal berakhir pada 13 Mac 2024.

    Warga emas 60 tahun ke atas dan kanak-kanak 7 hingga 12 tahun boleh menikmati bufet berharga RM68. Pakej berbuka puasa persendirian dan korporat bagi tempahan minima 400 orang ke atas berharga RM95 seorang.

    Untuk tempahan dan pembelian baucar, layari laman web zaisrigemilang.com atau hubungi talian 019-228 4349/013-287 4349/012-316 1164/012-731 6929. Ikuti akaun rasmi Zai Sri Gemilang untuk maklumat terkini.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts