Penyanyi terkenal Datuk Zainal Abidin mengakui ada mendengar desas desus mengatakan anak perempuannya Timur Gabriel sudah mendirikan rumah tangga.
Anak sudah bernikah?
Bagaimanapun Zainal atau nama sebenarnya Zainal Abidin Mohamed, 64, tidak mengetahui kesahihan khabar angin tersebut disebabkan mereka tidak lagi berhubung.
Malah, Zainal memberitahu anaknya kini menetap jauh di Jerman.
Hubungan kami tidak dapat dieratkan kerana dia duduk jauh dari saya, menetap di Jerman. Saya tidak diberikan masa dan peluang untuk berjumpa dengan anak-anak saya.
Anak perempuan saya yang Timur itu pun tak pasti sama ada sudah bernikah atau belum. Saya dengar desas-desus dia sudah bernikah.
Tetapi seharusnya kalau nak bernikah, kena jemput saya sebagai bapanya. Saya adalah walinya.
Zainal memaklumkan mengenai perkara itu menerusi temu bual bersama Melodi.
Dalam pada itu, pelantun lagu Hijau ini memberitahu dia tidak pernah memutuskan hubungan dengan anak-anaknya dan sentiasa mendoakan kebahagian mereka.
Saya tidak pernah memutuskan hubungan, tetapi apabila ada sesuatu pihak ingin memutus maka terpulanglah. Jumpa di akhirat nanti.
Kalau berusaha sedaya upaya untuk berdamai pun saya rasa itu tidak akan berlaku. Saya hanya mengharapkan terbaik.
Saya selalu mendoakan anak-anak, sembahyang lima waktu sehari sentiasa doakan yang terbaik.
Sekadar info, Timur Gabriel merupakan anak hasil perkahwinan Zainal dengan bekas isteri, Natasha Gabriel.
Zainal dan Natasha mendirikan rumah tangga pada Mac 1987, namun disahkan bercerai pada Disember 2000. Selain Timur, pasangan itu juga dikurniakan seorang anak lelaki.