Pelakon Zainol Macwilson meluahkan rasa gembira dengan kelahiran kedua anak perempuannya, Zahirah Macwilson baru-baru ini.
Artikel berkaitan: Zahirah Macwilson Selamat Bersalin Anak Perempuan, Beri Nama Inara Raisa
Artikel berkaitan: Kehadiran Individu Toksik Punca Zainol Macwilson Nyaris ‘Cemarkan’ Majlis Akad Nikah Zahirah & Aiman?
‘Anak siapa ya?’
Menerusi hantaran di Instagram Zahirah, Zainol meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan ahli keluarga yang baik.
Anak siapa ya? Menantu siapa ya? Cucu-cucu siapa ya?
Sangat bersyukur memiliki dia, sebagai anak perempuan saya! Sangat bersyukur memiliki dia, sebagai menantu saya dan sangat bersyukur dikurniakan cucu-cucu yang comel.
Tambah Zainol, 65, dia juga tidak sabar untuk menyambut kepulangan Zahirah, Aiman, Isaac Raees dan Inara Raisa.
Dalam pada itu, pemilik nama Zainol MacWilson turut mengingatkan Zahirah dan Aiman untuk sentiasa berwaspada dengan orang-orang di sekeliling terutama dengan individu toksik.
Tak sabar nak sambut kalian balik! Dalam pada itu, sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan ‘orang toksik’ (mereka ada dimana-mana).
Semoga Allah berkati kamu kak (Zahirah), Aiman dan dua cucu-cucu saya amin.
Terdahulu, Zahirah selamat melahirkan anak perempuan yang diberi nama Inara Raisa di sebuah hospital di Perth, Australia pada 31 Mei Lalu.
Untuk rekod, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Isaac Raees dan Inara Raisa.