Penyanyi, Zaki Yamani meluahkan rasa syukur kerana sudah tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.
Sambung bidang muzik
Selain berasa lega, Zaki berkata dia pasti akan merindui zaman persekolahan bersama rakan-rakan dan gurunya.
Perasaan memang lega bila sudah habis SPM. Cuma sedihnya dah habis sekolah akan teringat kawan-kawan selepas ini.
Masa hari terakhir sekolah itu pun saya dan kawan-kawan macam budak-budak lain, main conteng-conteng baju. Bergambar beramai-ramai dan jumpa guru.
Sementara nak tunggu keputusan SPM keluar saya akan buat kerja-kerja industri saya seperti biasa. Saya juga akan pergi casting untuk berlakon.
Dalam masa sama, anak kepada penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah itu berkata dia bercadang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik.
Perancangan seterusnya nak sambung belajar dalam bidang muzik juga. Sebab saya memang minat ke arah itu. Berangannya nak ambil bahagian komposer atau cipta lagu.
Bidang muzik ini banyak dan luas, tengok keadaan bagaimana nanti. Apa-apa pun tunggu keputusan SPM keluar dulu. Insya-Allah.