Penyanyi rap yang dikenali sebagai Zamaera meluahkan rasa berang terhadap seorang pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) yang didakwa telah merakam dirinya secara rahsia sewaktu sedang berurut di sebuah premis di Subang Jaya, baru-baru ini.
Zamaera dirakam secara rahsia?
STORYTIME ?? PEGAWAI LELAKI MBSJ MERAKAM VIDEO of ME naked at a massage parlour ?
So yesterday at around 5.30pm, I went to a new massage parlour in SS14 by the name of “Chiang Thai”. The masseurs were all females and they were super nice to me and put me in room number 7.
— Zamaera (@Zamaeraaa) December 4, 2024
Menerusi ciapan dibuat di aplikasi X, pemilik nama Sharifah Zamaera Al Edros Syed Zafilen memaklumkan dia yang sedang berurut di premis berkenaan ada terdengar bunyi bising di premis oleh beberapa lelaki yang yang mendakwa mereka sebagai pegawai penguat kuasa.
Sewaktu berurut, entah dari mana saya terdengar langsir bilik saya terbuka dan apabila saya menoleh, saya ternampak seorang lelaki berkaca mata hitam memegang kamera telefonnya dan merakam video saya.
Saya terkejut, tukang urut saya terus kata ini bilik perempuan dan selepas berkata demikian lelaki itu masih merakam saya dengan telefonnya apabila saya berpaling semula kepadanya.
Saya segera bangun dan menjengah kepala dari tirai dan menjerit.
Kemudian, saya ternampak ada kira-kira 10 hingga 15 pegawai PBT lelaki dengan muka yang tidak bersalah berada di luar.
Saya terus memakai pakaian dan melangkah keluar serta mula merakam sebelum menyoal mereka tentang siapa yang merakam saya.
Pegawai beri alasan hanya ikut SOP?
View this post on Instagram
Menerusi ciapan yang sama, pelantun lagu ‘Z vs Z’ mempersoal tindakan pegawai PBT tersebut yang dengan sewenang-wenangnya merakam pelanggan tanpa memaklumkan keberadaan mereka di premis terbabit.
Ujar Zamaera, tindakan mereka boleh diklasifikasikan sebagai menceroboh privasi pelanggan terutama sekali wanita.
Sebagai pegawai PBT, kau masuk premis urut yang terang-terang ada untuk lelaki & perempuan, mesti lah buat pengumuman yang kau ada di situ.
Bahagian mana dalam menceroboh privasi pelanggan dengan merakam rakaman video semasa mereka berbogel sepenuhnya adalah beretika?
Mana pegawai perempuan? Kalau betul lah ini SOP korang, takkan tak ada pegawai wanita untuk ‘handle’ kes yang berkaitan dengan wanita.
Ini aib aku lah gila, bukan main selamba korang nak ‘menjalankan tugas’ ‘dengan minda korang yang kotor itu, disgusting.
Di akhir hantaran, Zamaera mendedahkan dirinya sudah pun membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan menggesa pihak berkuasa untuk bertanggungjawab atas insiden tersebut.