Pempengaruh media sosial Shaf Naufas meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang berlakon dalam filem Pontianak 200KG terbitan Primeworks Studio dan Metrowealth.
Filem pertama di pawagam
Menerusi temu bual bersama Shaf berkata, secara jujurnya ini merupakan filem ketiganya. Namun, dua daripada filem lakonannya itu masih belum ditayangkan di pawagam.
Disoal macam mana boleh mendapat tawaran berlakon dalam filem arahan Suhaimi Lua ini, Shaf berkata, dia dihubungi oleh pihak produksi ketika berada di London.
Saya dapat tawaran semasa berada di London. Memang terkejut masa itu dan bimbang sekiranya tarikh penggambaran tak sesuai dengan jadual saya. Lagipun, masa itu saya belum pulang ke Malaysia.
Alhamdulillah, selepas bincang dengan pihak produksi mereka bersetuju untuk menjalani penggambaran selepas saya pulang dari London.
sempat bertanya kepada Shaf mengenai cabaran berlakon dalam filem Pontianak 200KG ini. Menurut Shaf, dia tidak berdepan banyak cabaran dalam filem ini kerana wataknya tidak terlalu banyak.
Kalau bercakap soal lakonan, saya memang ada pengalaman teater dan boleh berlakon. Karakter yang diberikan kepada saya dalam filem ini tak susah sangat. Saya syukur semua berjalan lancar je.
Berlakon pula dengan orang yang kita memang dah kenal dan ada chemistry. Jadi tak susah.
Ditanya pula mengenai respons yang diberikan oleh pengarah apabila mengaku mengambil golongan pempengaruh media sosial sebagai langkah untuk membantu mempromosikan filem ini, Shaf hanya menjawab, dia memandang perkara tersebut dari sudut positif.
Zaman sekarang memang orang macam kami ramai yang nak. Kami ada pengikut yang ramai di media sosial. Jadi saya tak terasa. Saya ambil dari sudut positif dan anggap ia sebagai peluang yang besar. Tak semua orang dapat peluang macam ini. Saya pun bukan kosong-kosong.
Saya merupakan graduan dari ASWARA major dalam bidang lakonan. Jadi ini memang bidang saya.
Saya puas hati
Berbicara lebih lanjut, Shaf berkata, dia berpuas hati melihat lakonannya di layar perak.
Saya rasa puas! Puas sangat sebab sikit pun saya tak nampak macam kayu. Kawan-kawan pun kata okay.
Ujar Shaf lagi, dia sudi menerima tawaran berlakon selepas ini seandainya jadual tidak padat.
Ini bidang saya dan saya minta. Tak mungkin saya tak nak. Cuma sekarang ini masa sahaja. Sampai akhir tahun saya sibuk. Tapi InsyaAllah, mana yang boleh selit, kita selit.
Di akhir temu bual, sempat bertanya kepada Shaf mengenai penerimaan pengikutnya di media sosial dan adakah dirinya sudah bersedia menerima komen negatif daripada netizen.
Rata-rata peminat saya komen mereka bangga. Mereka ikut saya dari zaman duduk rumah flat. Dari zaman saya tiada apa-apa dan memang perkembangan hidup saya mereka tahu. Tiba-tiba jadi pelajon, filem pula tu…mereka jadi impress.
Kalau cakap pasal kecaman pula, saya dah bersedia dari segi mental dan fizikal sejak menerima tawaran itu lagi. Sebab semua orang tahu saya lantang memberi komen tentang filem-filem lain sebelum ini.
Saya dah boleh agak kesannya apabila saya terlibat dalam sesebuah filem. Jadi saya okay je. Saya terima apa segala komen daripada semua orang.
Asalkan mereka dapat membezakan mana kerja saya which mean lakonan saya, gerak yang datang dari saya. Kalau ianya datang dari pengarah, maka itu daripada pengarah lah bukan dari saya . Saya hanya menjalankan tugas sebagai seorang pelakon.