Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentZamarul Hisham ‘Playboy’ Sebelum Bergelar Pelakon, Tak Pernah Guna Populariti Untuk Pikat...

    Zamarul Hisham ‘Playboy’ Sebelum Bergelar Pelakon, Tak Pernah Guna Populariti Untuk Pikat Wanita – ‘Zaman-Zaman Pakai RXZ Dulu’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Zamarul Hisham mengakui dirinya masih menerima mesej-mesej daripada para peminat wanita meskipun dirinya sudah menjangkau usia 53 tahun.

    Masih jadi ‘buruan’ wanita

    Ketika ditemui , pemilik nama Zamarul Hisham Mohamed ini memaklumkan dirinya agak pelik dengan situasi itu memandangkan sudah bergelar suami orang.

    Masa mula berlakon dulu, saya pernah kena mengurat tetapi yang peliknya, usia sekarang pun godaan itu masih ada.

    Tak boleh nak lari tapi semuanya berbalik kepada niat sendiri.

    Sekarang (zaman) ini, dah kahwin ke belum godaan itu tetap ada. Pelik juga, sekarang lebih ramai minat suami atau isteri orang berbanding mereka yang belum berkahwin.

    Sampai sekarang pun saya masih terima ‘direct message’ (DM)di media sosial tapi saya jenis orang yang tak suka balas DM.

    Zamarul berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis ‘Dari Poket Artis Ke Poket Artis’ yang diadakan di kediamannya yang terletak di Shah Alam pada petang Khamis.

    Dalam pada itu, pelakon filem ‘Kem 505’ ini mengakui dirinya merupakan seorang yang nakal satu ketika dulu namun sama sekali tidak menggunakan populariti yang ada untuk memikat mana-mana wanita.

    Saya bersyukur bila dah jadi pelakon ni saya tak buat jahat sebab sebelum jadi pelakon saya memang seorang yang nakal dan ‘playboy’.

    Sebab iyalah, orang tak kenal saya waktu itu. Zaman-zaman pakai motor RXZ, ramai wanita cuba pikat saya.

    Tetapi, lepas jadi pelakon saya perlu menjaga sikap sebab ramai dah mula kenal.

    Mungkin pemikiran yang ada itu telah ‘menyelamatkan’ saya daripada melakukan perkara bukan-bukan.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Sharnaaz Ahmad Titip Ucapan ‘Birthday’ Buat Jebat Jayden – ‘Baba Semakin Tua, Harap Awak Sentiasa Di Sisi Hingga My Last Day’
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts