Bekas pemain bola sepak negara, Zaquan Adha mencuri perhatian apabila memuat naik tangkap layar memaparkan mesej yang dihantar oleh seorang wanita kepadanya menerusi Instagram Story (IG Story).
‘Ibu tak nak jumpa cucu dari Rita ke?’
Menerusi perkongsian tersebut, wanita terbabit menghantar mesej mengaitkan ibu Zaquan dengan anak-anak hasil perkahwinan abangnya, Aidil Zafuan bersama bekas isteri yang juga merupakan pelakon, Rita Rudaini.
Dakwa wanita itu lagi, tindakan ibu Zaquan yang tidak mahu berjumpa dengan cucu-cucunya telah membuatkan bekas kakak iparnya banyak memendam rasa.
Mak tak nak tengok cucu dari Rita ke? Kesian Rita banyak memendam rasa.
Semoga ada keajaiban untuk mak awak.
Jangan sibuk hal orang!
Tidak berdiam diri, bekas penyerang pasukan Negeri Sembilan FC itu tampil membidas hantaran mesej itu dan meminta wanita itu untuk menghormati hal peribadi orang lain.
Tambah Zaquan, wanita itu tidak berhak untuk bersuara kerana tidak tahu situasi sebenar yang berlaku.
Boleh tak kau tolong hormat hal peribadi orang? Tak tahu apa-apa jangan sibuk masuk campur.
Jaga rumah tangga kau ja sudah. Kau didik anak-anak kau supaya tak sibuk hal orang.
Kalau tak tahu cerita tak payah sedap mulut nak cakap. Jangan bila kau sakit nak mati nanti ada orang cakap benda bukan-bukan pasal kau.
Sekadar info, abang kepada Zaquan iaitu Aidil Zafuan pernah mendirikan rumah tangga bersama Rita Rudaini atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar pada 2008 sebelum memilih untuk bercerai pada 2013.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dengan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.