Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentZarina Anjoulie Buat Hidung Untuk Beri ‘Awareness’ Kepada Pengikut – ‘Ada Yang...

    Zarina Anjoulie Buat Hidung Untuk Beri ‘Awareness’ Kepada Pengikut – ‘Ada Yang Kata Saya Bangga Buat Dosa’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Zarina AnjoulieZarina Anjoulie

    ‘Awareness’

    Zarina AnjoulieZarina Anjoulie

    Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 36, berkata, dengan pengalaman yang ada, dia boleh dijadikan rujukan oleh pengikutnya sekiranya mahu melakukan pembedahan yang sama.

    Saya buat benda ini (pembedahan hidung) bukan sebab saya bangga buat dosa. Tetapi cara pendekatan saya bersama pengikut saya berbeza dengan orang lain.

    Sebab kenapa? Kalau saya buat perut atau muka, saya akan kongsi dengan pengikut kerana mereka boleh jadikan sebagai rujukan atau ‘advise’ (nasihat).

    Setidaknya saya boleh beri kesedaran kepada pengikut apa akan berlaku selepas pembedahan, saya boleh sarankan tempat yang sesuai berdasarkan pengalaman yang ada.

    Itu adalah pendekatan saya sendiri, namun ada segelintir anggap saya bangga buat semua itu. Mereka kata saya bangga buat dosa.

    Dalam pada itu, Zarina atau mesra disapa Anju berkata, dia tidak pernah berselindung sekiranya melakukan apa-apa pembedahan atau perubahan pada wajah mahupun anggota tubuhnya.

    Semua artis buat pembedahan mereka akan sorok, tiada satu pun mengaku. Dari dulu saya buat perut, saya beritahu semua. Saya sedut lemak, saya beritahu.

    Dulu pernah saya buat ‘breast filler’? Kemudian tengok apa yang berlaku, disebabkan itu saya tidak mahu orang lain berdepan perkara sama dengan saya, itu kesedaran saya ingin berikan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts