Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentZarina Zainuddin Beri ‘Hint’ Azal Sudah ‘Berpisah’ Dengan Rahmah?-“Saya Dah Redha…”

    Zarina Zainuddin Beri ‘Hint’ Azal Sudah ‘Berpisah’ Dengan Rahmah?-“Saya Dah Redha…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin sebelum ini pernah menceritakan mengenai anak lelakinya, Azal yang sedang mengenali hati budi seorang wanita asal Indonesia yang dikenali sebagai Rahmah.

    Azal Dengan Rahmah Berpisah?

    Walaubagaimanapun, Zarina menerusi hantaran di Instagram dilihat memuatnaik tangkap layar perbualan Rahmah bersama Azal yang mahu memulangkan semula cincin dan gelang kerana Azal dikatakan telah melupakan dirinya dan tidak pernah bertanyakan khabar.

    “Azal lupa dengan saya ya? Tak pernah ada khabar. Nanti saya kembalikan cincin yang Azal beri ya.”-tulis Rahmah

    “Saya Pun Redha, Biarlah Azal Dengan Saya Selamanya…”

    Menurut Zarina, dia sudah tidak mahu meletakkan sebarang harapan, malah dia turut menerima takdir yang sudah tertulis untuk Azal setelah Rahmah kembali pulang ke Indonesia.

    Titip Ucapan Terima Kasih Buat Rahmah

    Dalam pada itu, pelakon drama Teduhan Kasih ini menitipkan ucapan terima kasih buat Rahmah yang telah hadir membahagiakan anak lelakinya itu biarpun hanya untuk sementara.

    “Rahmah dah balik Indonesia, dia pulangkan barang, cuma kenangan manis tetap bersemadi selamanya.

    Terima kasih Rahmah tetap hadir membahagiakan Azal walaupun sementara. Kami sayang Rahmah.”-tulis Azal lagi

    Terdahulu, Zarina mendedahkan bahawa Azal dan Rahmah pertama kali bertemu ketka kedua-duanya terlibat dengan festival jualan di Singapura.

    Apa komen anda?


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts