Nama pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin sebelum menjadi bualan netizen yang mempersoalkan wajahnya yang kelihatan berbeza serta ada yang mendakwa pelakon ini melakukan pembedahan pada bibir.
Semakin Kurus Sejak Lakukan Pembedahan Bariatrik
Terkini, Zarina dilihat berkongsi berat badannya yang semakin kurus selepas menjalani pembedahan bariatrik sejak enam bulan yang lalu.
“Bila berat badan dah turun 46 kg sebab saya buat bariatrik dengan Dr.Mustafa lebih kurang 6 bulan lepas. Saya dah turun dari 67.7 kg sekarang dah 46 kg. Rasanya dah ringan sangat ni. Berat ni masa saya tingkatan 3 dulu.”-kongsi Zarina
“Nanti Saya Mati, Korang Nak Jaga Anak Saya Ke?…”
]Dalam pada itu, pelakon ini turut meluahkan rasa kesal terhadap warganet yang mengecam bentuk wajahnya yang kelihatan berbeza, serta meminta orang ramai untuk henti membuatnya tertekan disebabkan kecaman yang dilemparkan terhdapnya.
“Ramai jugak yang kecam muka dah berubah macam tu laa, macam ni laa. Of course la kau dah kurus muka dah kecik semua nampak lain.
Korang janganlah bagi saya stress cakap macam-macam nanti saya mati, korang nak jaga anak saya ke?.”-tulis Zarina lagi
View this post on Instagram
Sekadar info, Zarina Zainuddin mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1992. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata termasuklah sepasang kembar, Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil) yang kini berusia 28 tahun.