Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, December 21, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentZarul Umbrella Nafi Kerjaya Pramugara Tak Jamin Masa Depan, Ajak Anak Muda...

    Zarul Umbrella Nafi Kerjaya Pramugara Tak Jamin Masa Depan, Ajak Anak Muda Ceburi Bidang Aviation – ‘Mereka Minat Cuma Tiada Pendedahan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, penyanyi dan bekas pramugara iaitu Zarul Umbrella menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa kerjaya dalam bidang awan biru hanyalah mengejar populariti semata-mata sebaliknya menegaskan bahawa ianya adalah kerjaya yang menjamin masa depan.

    ‘Influencer, selebriti mainkan peranan’

    Zarul atau nama lengkapnya Zairulkefli Husin yang dilantik sebagai Felo Aviation di Meatech Training Centre memberitahu bahawa sebenarnya ramai dalam kalangan anak muda memasang impian untuk meneruskan kerjaya dalam bidang penerbangan namun kurang pengetahuan atau pendedahan tentang perkara tersebut.

    Ramai dalam kalangan anak muda minat menceburi bidang aviation ini cuma mereka tak tahu mana nak tuju dan tak ada pendedahan. Dengan program dan kempen seperti Kempen 2025 Kickstartyourcareer in Aviation sedikit sebanyak dapat bantu mereka ilmu dan pengetahuan serta membuka mata mereka dalam bidang ini.

    Menurut pelantun lagu Ramalanku Benar Belaka ini lagi, kempen yang merupakan kerjasama YEG Academy bersama Meatech Training Centre dan IUC Kolej Universiti Innovatif ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang bidang aviation malah membuka peluang untuk anak muda melanjutkan pelajaran bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Penerbangan dan Program Diploma dalam Bidang Penerbangan.

    Influencer atau selebriti berperanan memberi pendedahan dan berkongsi pengalaman kepada orang ramai tentang aviation. Saya berharap semoga kerjaya ini terus berkembang maju dan beri kesempatan kepada anak muda untuk menceburi bidang ini.

    Pengalaman dalam bidang awan biru

    Menurut Pengarah Pemasaran YEG Academy, Azizulhakim Suhaimi, pihaknya mensasarkan lebih 1,000 pelajar lepasan SPM untuk menyertai program yang ditawarkan ini.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Meatech ATC. Sdn. Bhd, Shahril Azwan Abdul Hamid berkata, bidang penerbangan sebenarnya sangat luas dan para pelajar yang menyertai program ini berpeluang untuk merasai pengalaman praktikal dan bimbingan langsung dalam industri.

    Ada seorang pelajar dari Keningau, Sabah iaitu Arisia Parikos, 22, mengikuti program Cabin Crew/ Customer Service & Ground Handling selama tiga bulan dan belum tamat latihan, dia telah ditawarkan pekerjaan sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan di POS Aviation KLIA.

    Sekadar info, pada tahun 2016, Zarul mengumumkan meletak jawatan sebagai pramugara Malaysia Airlines untuk memberi fokus kepada kerjaya dalam bidang nyanyian.

    ALSO READ:  [VIDEO] Tun Mahathir Raih Perhatian, ‘Drive’ Sebelah Tangan Sambil Dengar Radio Hot FM – ‘Hebatnya Cinta Ayah Terhadap Proton’

    Zarul kini aktif berkongsi pengalamannya sepanjang 17 tahun bertugas di awan biru menerusi perkongsian di media sosial dan podcast di saluran Youtube miliknya.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts