Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentZayn Malik Harap Dapat Luangkan Masa Dengan Liam Payne, Terkilan Tak Dapat...

    Zayn Malik Harap Dapat Luangkan Masa Dengan Liam Payne, Terkilan Tak Dapat Peluk & Ucap Terima Kasih Buat Kali Terakhir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Zayn Malik meluahkan rasa sedih dengan pemergian rakannya yang juga merupakan bekas anggota kumpulan One Direction iaitu Liam Payne, pada 16 oktober lalu.

    Luahan hati Zayn buat Liam Payne

    Menerusi hantaran di Instagram, Zayn terkilan kerana tidak berkesempatan untuk berterima kasih kepada sahabat baiknya atas segala sokongan dan dorongan yang pernah diberikan mendiang kepadanya selama ini.

    Liam, saya sering bercakap sendirian kepada kamu, berharap kamu dapat mendengar saya. Saya tidak dapat berhenti memikirkan bahawa kami sepatutnya mempunyai banyak lagi perbualan dalam hidup ini.

    Saya tidak pernah sempat mengucapkan terima kasih kepada kamu kerana menyokong saya semasa tempoh yang paling sukar dalam hidup saya.

    Berkongsi semula foto mereka berdua ketika remaja, Zayn menyifatkan Liam seorang rakan yang mempunyai pandangan positif dan murah dengan senyuman selain sentiasa membuatkan dirinya berasa disayangi.

    Walaupun kamu lebih muda daripada saya, kamu sentiasa lebih bijak daripada saya. Kamu tegas, berpendirian, dan tidak kisah langsung untuk memberitahu orang apabila mereka salah.

    Walaupun kita pernah bertelagah beberapa kali kerana perkara ini, saya sebenarnya sentiasa menghormati kamu secara diam-diam.

    Zayn tak sempat peluk, ucap terima kasih kepada Liam

    Pelantun lagu Dusk Till Dawn ini mengakui Liam adalah seorang anak seni yang cukup berbakat dalam bidang muzik. Malah dia sentiasa menjadi rujukan anggota One Direction yang lain setiap kali mereka membuat persembahan di atas pentas.

    Saya tak dapat meluahkan betapa saya ingin memberikan pelukan kepada kamu buat kali terakhir, mengucapkan selamat tinggal dengan sempurna dan memberitahu kamu bahawa saya sangat menghargai dan menyayangi kamu.

    Terdahulu, media melaporkan Liam Payne dilaporkan meninggal dunia pada usia 31 tahun selepas terjatuh dari balkoni tingkat tiga sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina pada Rabu.

    ALSO READ:  Farid Kamil Mengadu Diana Tidak Memberikan Salam dan Selalu Keluar Rumah Melalui Pintu Belakang

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts