Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Zeel Production Tak Pernah Pungut Sebarang Wang Daripada Orang Awam Untuk Jadi...

    ‘Zeel Production Tak Pernah Pungut Sebarang Wang Daripada Orang Awam Untuk Jadi Talent Atau Pelakon Tambahan Drama’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengarah Urusan Zeel Production Sdn Bhd (ZPSB) Fadzil Teh memberi amaran kepada mana-mana pihak untuk tidak menggunakan nama syarikat berkenaan bagi tujuan aktiviti penipuan.

    Wujud penipuan

    Menerusi sebuah posting di Instagram, Fadzil Teh atau lebih mesra disapa Haji Zil mendapati wujud penipuan melibatkan bayaran yang perlu dilakukan sebelum diberikan tawaran lakonan.

    Berikutan daripada itu, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih menerima aduan berhubung perkara tersebut.

    Pihak Zeel Production tidak pernah memungut sebarang wang daripada orang awam untuk menjadi talent atau pelakon tambahan drama kami.

    Jika ada yang meminta wang dan membuat cubaan untuk memeras atas nama Zeel Production, sila laporkan kepada pihak kami dan kami akan membuat tindakan undang-undang.

    Menerusi pemerhatian pihak Haji Zil turut berkongsi beberapa tangkap layar perbualan individu tidak bertanggungjawab itu.

    Di akhir posting, Haji Zil memberitahu pihaknya tidak melantik mana-mana individu dalam pencarian pelakon tambahan. Bahkan, segala pencarian bakat baharu akan diuar-uarkan menerusi media sosial rasmi mereka sahaja.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts