Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentZiana Zain Umum Konsert Solo Pada Mei 2024, Harga Tiket Bermula RM288!

    Ziana Zain Umum Konsert Solo Pada Mei 2024, Harga Tiket Bermula RM288!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dambaan menjadi nyata, penyanyi tersohor, Ziana Zain mengumumkan bakal mengadakan ‘Ziana Zain Konsert 2024’ dan merupakan konsert solonya pada tahun hadapan.

    Dibawakan oleh CSA Academy selaku penaja utama konsert ini merupakan anjuran Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Ziana Zain Network Sdn Bhd dengan kerjasama Altus ProHouse dan dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Mei 2024.

    Penghibur yang mendapat gelaran Diva Pop itu kali terakhir mengadakan konsert solo menerusi Ziana Zain In The Park yang diadakan di PWTC (kini World Trade Centre) Kuala Lumpur pada tahun 2001.

    Selepas 22 tahun, konsert ini bakal menjadi tanda aras buat penghibur wanita dengan nama sebenar Siti Roziana Zain, seorang ikon seni yang akan terus dihormati dan disegani meski hadir banyak penyanyi baharu dan tahun terus berganti. Mahu merealisasikan konsert ini bukan sesuatu yang mudah.

    Ziana Zain bukan melihat kepada berapa besar pulangan (duit) yang beliau akan hasilkan tapi sangat terperinci mengenai konsep, stamina serta kepuasan yang diperoleh oleh para penonton kelak

     “Selepas perbincangan demi perbincangan, persetujuan di antara kami dicapai. Maka pihak kami sangat berbangga untuk mengumumkan CSA ACADEMY ‘Mempersembahkan Ziana Zain Konsert 2024’ akan berlangsung pada 25 Mei 2024 di Mega Star Arena Kuala Lumpur,” ujar Ziana Zain.
    Bagi penghibur yang sudah lebih dua dekad menelusuri dunia nyanyian, melahirkan album-album dengan puluhan single yang menjadi ‘mainan bibir’ seperti Madah Berhelah, Putus Terpaksa, Anggapanmu, Berpisah Jua, Puncak Kash, Dingin dan ratusan hit yang menjadi pujaan peminat, persetujuan untuk menggelar konsert perlu diteliti dengan sangat rapi.
    CSA ACADEMY Mempersembahkan Ziana Zain Konsert 2024′ akan menyaksikan gabungan hasil kreatif muzik dan pentas dari Aubrey Suwito sebagai Pengarah Muzik beserta 16 orang pemuzik profesional manakala Jennifer Thompson sebagai pengarah konsert. Untuk itu adalah amat rugi jika anda telepas menyaksikan konsert yang akan menjadi salah satu sejarah terhebat industri seni tempatan.
    Tiket berharga RM288 (GOLD), RM488 (PLATINUM), RM688 (DIAMOND), RM888 (VIP 2), RM1,088 (VIP 1) boleh dibeli menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my/ mulai 15 Disember 2023 jam 10.00 pagi di laman web www.ticketu.com.my/zianazain.
    Pembelian tiket menggunakan sistem “Buy Now Pay Later” BNPL seperti Atome dan Shopback turut disediakan di laman rasmi pembelian tiket. Manakala untuk pembeli tiket OKU (Orang Kurang Upaya) dan pembelian tiket melebihi 50 keping boleh menghubungi hotline tiket di 01111900518.
    Untuk kemudahan pembeli tiket OKU, mereka hanya boleh membeli tiket di hotline tertera. Pembeli tiket OKU boleh menghadiri konsert dengan seorang peneman.
    Jangan lepaskan peluang!

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts