Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentZizan Razak ‘Hilang Makna’ Aidilfitri Selepas Nenek Meninggal Dunia – ‘Saya Lahir...

    Zizan Razak ‘Hilang Makna’ Aidilfitri Selepas Nenek Meninggal Dunia – ‘Saya Lahir Dalam Bilik Arwah, Banyak Kenangan Bersama’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    ZizanZizan

    Selepas pemergian arwah nenek pada 2020, pelakon dan pengacara Zizan Razak mengakui sambutan Hari Raya Aidilifitri sudah tidak meriah seperti dahulu.

    Beri impak besar

    Zizan RazakZizan Razak

    Ketika ditemui , Zizan berkata sejak arwah nenek meninggal dunia, dia lebih banyak menghabiskan masa di rumah sepanjang bulan Syawal.

    Pun begitu, dia memberitahu berkemungkinan akan pulang ke Terengganu untuk berjumpa bapanya.

    Memang dah beberapa tahun saya tak balik kampung. Selepas pemergian nenek, saya banyak duduk di KL. Tapi kalau balik pun mungkin untuk berjumpa bapa saya di Terengganu.

    Cuti saya tak lama, jadi sudah tentu saya akan luang masa bersama ibu di rumah untuk raya kali ini. Bagi saya, raya ini la waktu saya berehat dan ada masa dengan keluarga.

    Memang banyak tahun saya duduk rumah saja ketika raya. Saudara mara pun beraya di Terengganu, saya saja di KL. Mungkin lepas raya, saya akan balik.

    Dalam pada itu, pelakon filem Polis Evo ini turut memberitahu pemergiaan arwah neneknya telah memberi impak yang besar pada sambutan hari raya.

    Dari sebelum Covid dan nenek meninggal pada 2020, saya rasa perubahan raya sangat luar biasa. Saya balik rumah arwah nenek di Terengganu pun, saya masuk rumah dia rasa lain.

    Selepas arwah nenek tiada, saya dah tak beraya sangat. Lebih banyak berehat saja. Pemergiaan nenek memberi impak besar kepada saya dan ibu saya.

    Kita memang dah tak beraya seperti dahulu. Banyak kenangan di rumah arwah di Dungun sebab saya lahir dalam bilik arwah. Saya lahir di Dungun tapi membesar di Terengganu, setiap hujung minggu balik Dungun.

    Saya memang luangkan masa dengan nenek sampai besar tapi bila dah jadi artis agak renggang sikit sebab saya sibuk, itu buat saya agak terkilan.

    ALSO READ:  [VIDEO] Suara Zara Zya Bertukar Garau Ketika Sebut Perkataan ‘Ibl**’ – ‘Itu Tak Disunting, Dia Ada..’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts