Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentZubir Khan Sudah Lali Dengan Pertanyaan ‘Kenapa Tiada Tangan?’, Gembira Dikenali Dengan...

    Zubir Khan Sudah Lali Dengan Pertanyaan ‘Kenapa Tiada Tangan?’, Gembira Dikenali Dengan Lagu ‘Hey Matcha’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Zubir KhanZubir Khan

    Penyanyi meningkat naik, Zubir Khan memberitahu dirinya sudah bersedia menerima sebarang kecaman netizen sejak hari pertama menceburkan diri dalam industri hiburan.

    Soalan fasal tangan

    Zubir KhanZubir Khan

    Tidak pernah berasa bimbang, pemilik nama lengkap Muhammad Zubir Mohamad Ali, 24, berkata, dia juga sudah bersedia menerima kecaman yang melibatkan fizikal disebabkan kekurangan dirinya yang tiada tangan kiri akibat termasuk dalam mesin kek sewaktu berusia empat tahun.

    Saya tak pernah takut tapi biasa kecaman yang saya dapat fasal tangan la. Tak tahu la, kalau TikTok ini bila kamera depan lain, kamera belakang lain. Kadang-kadang tangan kiri jadi tangan kanan.

    Bila macam itu, masih ada lagi yang bertanya la, ‘eh kejap tangan kiri, kejap tangan kanan’. Takkan nak sampai bahu orang baru nak tahu saya tak ada tangan kan.

    Tapi benda ini saya dah biasa kena dari dulu. Sebab soalan yang selalu saya dapat mesti tanya kenapa tak ada tangan. Bukan semua tapi sesetengah orang, tengok fizikal, tak tengok bakat.

    Saya rasa mereka bukan nak cakap saya tipu (tangan) tapi mungkin mereka macam anggap tak nampak kot. Sebab kadang-kadang ada dalam video tak nampak sangat.

    Sementara itu, disoal mengenai penglibatan dalam dunia muzik, Zubir berkata, dia bermula dengan menyanyi di kenduri kahwin dan dikenali dalam kalangan orang India disebabkan lagu Tamil yang ditulis dan dinyanyikannya sendiri.

    Saya bermula menyanyi pada 2017, bermula dengan menyanyi di kenduri kahwin. Satu hari itu, kawan tegur kata saya boleh menyanyi lagu Tamil dan dia suruh saya belajar lagi.

    Saya rasa banyak perubahan yang berlaku selepas dikenali sebab kalau sebelum ini orang India panggil saya Zubir, bila dah mula dikenali dalam industri orang Melayu, jalan mana-mana orang tegur saya ‘hey Matcha’.

    Siap menyanyi lagu saya lagi, itu yang buat saya rasa gembira la… rasa macam benda baharu. Ikutkan peminat saya ramai yang berbangsa India tapi sekarang orang Melayu pun dah kenal.

    Antara lagu Tamil nyanyian Zubir yang popular di YouTube dan mencatat jutaan tontonan ialah Thevadhai, Nenji Yenghutu, Marainthe Uyire, Soga Kathai, Per Yenne Solle, Yennode Macha dan terbaharu, OMK (Oh My Khadhale) duet bersama Ezra Kairo.

    ALSO READ:  ‘Aku Dulu Pun Seksi Tapi Tak Sampai Maruah Diri Kena Korban’ – Lana Nordin

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts