Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentZul Ariffin Setuju Dengan Pendapat Ruzaidi Abdul Rahman, Ramai Pelakon Lelaki Sado...

    Zul Ariffin Setuju Dengan Pendapat Ruzaidi Abdul Rahman, Ramai Pelakon Lelaki Sado Tapi Lembik Buat Babak Aksi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Zul AriffinZul Ariffin

    Pelakon Zul Ariffin bersetuju dengan pendapat aktor senior Ruzaidi Abdul Rahman yang mengatakan ramai pelakon baharu bertubuh kekar, namun gagal membawakan watak aksi dengan baik.

    ‘Fizikal besar tak berfungsi’

    Zul AriffinZul Ariffin

    Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 38, berkata, tidak dinafikan ramai yang pergi ke gimnasium untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik, namun tidak digunakan dengan sebaiknya ketika menjayakan sesebuah watak.

    Apa yang Wak Didi (Ruzaidi Abdul Rahman) cakap itu, betul. Saya tahu, sekarang ramai pergi ke gym dan dapatkan bentuk badan menarik. Itu bagus untuk penampilan mereka, tapi saya rasa fizikal itu tak berfungsi.

    Bila keluar di pawagam, saya pun alami benda ini dan kadang terfikir, ‘besar betul badan aku ini’. Jadi, gerakan kena lincah. Bukan hanya seni bela diri, tapi bersukan dan beriadah.

    Sebab semua lelaki nak berlakon cerita aksi, pelakon lelaki memang suka buat aksi. Tetapi, itu yang dia rasa dia boleh buat, namun bila masuk set dia tak boleh buat. Kalau dah masuk set tak boleh buat, nak kata apa kan, jalan jela.

    Zul berkata demikian ketika ditemui pada majlis kesyukuran dan doa selamat filem Sheriff yang berlangsung di sekitar ibu kota, baru-baru ini.

    Berkongsi lanjut, Zul berkata, setiap pelakon perlu pantas menyesuaikan diri dan cepat belajar ilmu baharu kerana set penggambaran bukanlah sekolah lakonan.

    Set ini sebenarnya bukan sekolah lakonan. Tangkap secepat mungkin, nanti perlahan-lahan adalah kemajuan. Tapi, kalau nak tunggu kemajuan kamu dan orang kena tunggu sejam, meninggal.

    Bukan semua orang boleh terima. Ada orang yang boleh relaks, setengah orang nak cepat. Jadi, benda-benda begitu jadi tekanan dan kamu kena gilap kemahiran kamu secepat mungkin.

    Saya pun tak ada asas seni bela diri, tapi saya berlatih contohnya, MMA untuk saya lakonkan filem Sangkar dan sebagainya.

    ALSO READ:  Pengalaman Fine Dining di Kita Food Festival Bakal Menampilkan Dua Chef Jepun dari Niigata dan Fukuoka

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts