Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentZul Huzaimy Ceburi Bidang Nyanyian, Tampil Dengan Lagu ‘Fajar Cinta’

    Zul Huzaimy Ceburi Bidang Nyanyian, Tampil Dengan Lagu ‘Fajar Cinta’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Zul Huzaimy Marzuki mengambil keputusan untuk menceburi bidang nyanyian kerana minatnya melontarkan suara.

    Artikel berkaitan: PRU15: Zul Huzaimy Mohon Maaf, Nafi Terlalu Ekstrem Buat Kenyataan Kontroversi

    Artikel berkaitan: PRU15: Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Zul Huzaimy

    Meriahkan industri muzik

    Memetik laporan Berita Harian, Zul bagaimanapun tidak tercabar dengan industri muzik yang dibanjiri bakat baru sebaliknya mahu memeriahkan lagi pentas nyanyian.

    Tampil dengan single balada pertama berjudul Fajar Cinta, Zul ditawarkan lagu sentuhan Jo Haq selepas melihat persembahannya dalam program Mic On Selebriti.

    Meskipun dia sukakan lagu rancak, Zul akur dengan pilihan Jo Haq sebagai salam perkenalan.

    Mungkin ramai tidak tahu hampir setiap bulan sejak dua tahun lalu, saya berulang alik ke Sabah untuk penuhi undangan nyanyian.

    Jadi, nyanyian bukanlah asing buat saya. Saya banyak menulis lagu. Ada lebih 20 lagu saya cipta. Malah, ada antaranya dijadikan runut bunyi drama.

    Sudah lama saya teringin rakam lagu. Saya pernah bertanya pada Pot Innuendo bagaimana hendak rakam lagu. Akhirnya, saya dapat tawaran daripada Jo Haq.

    Menurut Zul, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kira-kira empat tahun lalu, Jo Haq menawarkan lagu yang sepatutnya diterbitkan Allahyarham Tony Spider.

    Namun selepas Tony meninggal dunia, projek lagu tersebut tergendala dan Jo Haq kemudiannya memberi sebuah lagu kepadanya.

    Insya-Allah, selepas Fajar Cinta, ada beberapa lagu yang akan kami rakam termasuk sebuah lagu duet.

    Saya harap pendengar dapat terima buah tangan sulung ini. Mungkin ada yang suka dan sebaliknya. Terpulang kerana setiap orang ada selera masing-masing.

    Saya bukan penyanyi profesional. Namun, saya mahu serius dalam bidang muzik. Saya terbuka untuk terima kritikan asalkan membina.

    ALSO READ:  ‘Hasil Perkahwinan Terdahulu Isteri Saya Ada Tiga Anak, Seronoklah Daniel Ada Kawan Baharu’ – Along Cham

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts