Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Zuriat Dari Penjara”, Drama Bersiri Keinsafan Banduan Wanita Di TV1

    “Zuriat Dari Penjara”, Drama Bersiri Keinsafan Banduan Wanita Di TV1

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Drama-drama masyarakat yang disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) sering menjadi pilihan orang ramai yang gemar dengan cerita yang mengandungi nilai-nilai keinsafan dalam diri seseorang.

    Berkongsi Drama Terbaru

    via RTM

    RTM kini berkongsi kisah drama bersiri “Zuriat Dari Penjara” yang memaparkan kisah watak utama, Shara, seorang gadis kampung yang tinggal bersama keluarganya yang berada dalam keadaan yang sukar.

    Situasi ini menyebabkan Shara membesar menjadi seorang anak yang suka memberontak dan membangkang terhadap kata-kata orang tuanya.

    Masa berlalu dan kerana mahu mencapai kekayaan dalam masa yang singkat dengan cara yang mudah, Shara terjebak dengan lelaki yang mengupahnya untuk menghantar barang.

    Rupa-rupanya, barang tersebut adalah dadah dan malangnya Shara telah ditangkap oleh pihak polis. Ketika itu, dia telah berkahwin dengan Zaman, lelaki yang dicintainya.

    Menjaga Zuriat Dari Penjara

    via RTM

    Kisah ini dilanjutkan dengan Zaman dan Erina diberi tanggungjawab untuk menjaga zuriat dari penjara. Zuriat tersebut sebenarnya adalah anak dari isteri pertama Shara yang dipenjarakan kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

    Rizky dilahirkan di dalam penjara. Ketika Shara dipenjarakan, dia sudah dua bulan mengandung. Zaman tidak mengetahui mengenai perkara ini.

    Sementara itu, Erina kecewa dengan Zaman kerana telah menipunya. Shara kemudiannya meninggal di dalam penjara akibat sakit. Erina mengusir Zaman dan Rizky kerana tidak dapat menerima penipuan Zaman.

    Drama 26 Episod

    via RTM

    Drama arahan Sham JR ini terdiri daripada 26 episod dan akan disiarkan mulai 4 November ini, setiap Jumaat hingga Ahad, pada jam 6.45 petang di TV1 atau boleh ditonton melalui RTM Klik (www.rtmklik.rtm.gov.my).

    Drama ini menampilkan lagu tema berjudul ‘Sujud’ yang dinyanyikan oleh Linda Rafar. Antara pelakon-pelakonnya ialah Wafariena Roslan (Shara), Josiah Hogan (Zaman), Rasya Dean (Erina), Syed Aiman (Rijaluddin), Linda Rafar (Adelia), Danny Anwa (Amar) dan Mubarak Majid (Zakariyya). Turut membantu ialah Aliza Rafar, Jesse Lim, Addam Roslan, Nuzul Harisyah dan Adik Ebrahim Danie.

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts