Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines10 angkat sumpah exco Selangor, Umno dapat satu wakil

    10 angkat sumpah exco Selangor, Umno dapat satu wakil

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari gabungan Pakatan Harapan-BN telah mengangkat sumpah sebagai anggota exco kerajaan Negeri petang tadi. Mengetuai senarai itu ialah Menteri Besar Amirudin Shari, yang telah mengangkat sumpah Menteri besar di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah awal hari ini. Ahli-ahli exco lain yang mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang adalah Ng Sze Han (Kinrara), Izham Hashim (Pandan Indah), Borhan Aman Shah (Tanjong Sepat), Ng Suee Lim (Sekinchan), Rizam Ismail (Sungai Air Tawar), Mohd Najwan Halimi (Kota Anggerik), Jamaliah Jamaluddin (Bandar Utama), Papparaidu Veraman (Banting), Mohammad Fahmi Ngah (Seri Setia), dan Anfaal Saari (Taman Templer).

    Berdasarkan senarai itu, DAP diberikan empat wakil, PKR tiga, Amanah dua, dan Umno satu. Ia juga menyaksikan lebih separuh daripada senarai kabinet Negeri baharu Amirudin adalah ahli exco kali pertama, termasuk tiga yang adalah Adun penggal pertama. Selain Amirudin, hanya tiga daripada 10 yang dikekalkan itu adalah daripada barisan exco lama iaitu Ng, Izham, dan Borhan.

    Pada pilihan raya Negeri 12 Ogos lalu, PH-BN memenangi 34 kerusi di Selangor, dengan 15 daripadanya disumbangkan oleh DAP, PKR (12), Amanah (5), dan Umno (2). Mengulas lanjut, Amirudin berkata, portfolio mereka akan diumumkan pada Rabu ini selepas selesai mesyuarat exco pertama yang akan dijalankan pada hari yang sama.

    “Rabu nanti saya akan adakan mesyuarat exco yang pertama dan pada tengah hari pula saya akan maklumkan portfolio para exco tersebut sekitar jam 12 atau 12.30 tengah hari,” katanya yang dipetik Bernama di Istana Alam Shah, di Klang hari ini. Amirudin juga dipetik sebagai berkata PH dan BN telah berjaya melepasi ujian pertama semasa pilihan raya lepas walaupun gagal mencapai kemenangan dua pertiga.

    ALSO READ:  PRK Jepak: Pusat pengundian ditutup, proses kira undi bermula

    “Tetapi kita mempunyai kelebihan 12 kerusi berbanding pihak lawan dan ini adalah permulaan yang bagus dan kita boleh mengukuhkan lagi (kerjasama PH-BN) pada masa depan,” katanya. Gabungan PH-BN memenangi 34 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lepas. Baki 22 kerusi lagi dikuasai Perikatan Nasional (PN).

    Berkenaan proses pelantikan Menteri besar, dia berkata selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pulang ke tanah air pada Selasa lalu usai mendapatkan rawatan di luar negara, surat calon Menteri besar daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah disampaikan kepada Tuanku keesokan harinya.

    “Sebanyak tiga nama diletakkan termasuk nama saya dan pada Khamis, baginda Sultan telah mengesahkan bahawa saya akan diberi tugas sebagai Menteri besar dan diikuti dengan perbincangan senarai exco yang akan mengangkat sumpah pada hari ini,” katanya. Terdahulu, pengerusi PH Selangor itu secara rasmi dilantik sebagai Menteri besar Negeri itu untuk penggal kedua pada hari ini. Amirudin mengangkat sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Sharafuddin yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, di Klang pada 11.23 pagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts